Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

02 February 2011

MASA ITU : Heroin Pujaan..

Today lets get back to our good old memories !

 “Dengan kuasa bulan akan menghukum  mu”... 
Siapa tahu ayat nih? Yang tahu tue confirm korang peminat kartun SailorMoon kan.. Jangan tak ngaku! Rileklah coz aku pun sama ..Masa tue tak ingat la umur berapa.. lupa dah.. tapi kalau tak silap dalam darjah 6, tak pun form 1 la kot..minat sangat dengan kartun nih..di tayangkan seminggu sekali kat tV2..dah lah tue 1/2 jam je.. huk3.. bayangkanlah kalau ter'missed' untuk oN tV masa masa tue kenalah tunggu seminggu lagi baru dapat tengok! takda siaran ulangan! sadis sungguh!..



Heroin  cantik-cantik belaka.. Rambut panjang cecah ke lutut ! Kaki panjang berjengkal-jengkal.. mata besar bercahaya..  Prajuritlah katakan...Masih ingat lagi Setiap seorang prajurit mewakili 1 planet sailor....


SailorMoon, Sailor Venus, Sailor Mars, Sailor Mercury..Sailor Jupiter.. Sailor Sartun .. Sailor Pluto..Sailor Neptune . Masing2 ada kuasa hebat tersendiri. Kalau tak silap Mercury  ada kuasa kawal air, Mars –api , Jupiter –angin, Vernus... aku tak ingat..pastuh sebelum berlawan kena transform dulu, kalau tak nanti takda kuasa,  Masing-masing ada alat sakti! Kalau dah Transform pulak skirt menjadi pendek sejengkal.. then jadi cantek berseri2..  hehe..

 Nih la 5 orang Sailor yang utama..Mercury, Mars,Moon,Jupiter & Venus

TuxedoMask
Satu lagi watak penting dalam kartun nih.. Satu2nya hero.. TuxedoMask.. yang akan muncul di masa-masa yang kritikal if heroin2 nih dah nak kalah..kiranya penyelamat terakhir la.. Boyfriend kepada si sailormoon.. ^_^

Ada lagi satu watak, budak kecik yang rambut color pink! Usagi kecik..@ SailorChibimooN . Ramai yang lupa kewujudan budak kecik nih yang kononnya anak kepada sailormoom + tuxedomask! Datang dari masa depan la kononnya..heheh..Kuasa dia hebat jugak nih. boleh buka kunci laluan dunia dimensi lain menggunakan loncengnya (hebatnya daya ingatan aku!)..


Usagi Kecik @ SailorChibiMoon







Luna (Black) & Pasangannya
Luna ! jangan ingat warna color LUNA yang kita selalu guna tuh. Luna nih nama kucing yang bertanggungjawab untuk mencari orang2 yang berkuasa sailor & juga jadi mastermind kepada sailor2 untuk lawan musuh.. Nak tau kelainan Luna dengan kucing2 lain? Ada tanda bulan sabit di dahinya.. so, cuba korang check kucing korang.. kot2 la ada tanda macam tuh.. bolehlah panggil si Luna jugak..hehhe..Pastuh boleh bercakap pula si Luna nih.. kucing korang boleh ka? muhahah..


“Maafku tak pernah berterus-terang.
Bukan ku tak mempercayaimu,
Namun sebelum ku berganti rupa..
Ingin aku menemuimu..
Ku kan bermandi cahaya bulan
Yg cemerlang di malam yg cerah..
Memang teLah lama kurasakan
Ingin menolong yg lemah..
Tiba-Tiba keajaiban terjadi
Kekuatan muncul di diri
Untuk melawan semua kejahatan..
Kekuatanku harus digunakan
Menegakkan segala kebenaran
Ini keajaiban ALam..
Aku mempercayainya ,Ini keajaiban aLam”.


Tika dah menginjak dewasa nih baru lah ku sedar yang heroin pujaan ku semasa kanak-kanak nih hanyalah satu kartun stereotaip... Berlawan tak mengguna kuasa fizikal.. hanya, mengggunakan kuasa sakti dari alat kuasa yang di miliki..! Yang paling penting mana nak cari orang pakai skirt pendek tapi tak nampak spender langsung? Kat sailormoon la!..heheh.. 


p/s  : Sebenarnya bukan takat follow kat tV je.. dulu aku & sisters kumpul duit untuk beli komik Sailormoon lagi..Lengkap 18 Episod! Tapi tah sapa yang pinjam & buat hak milik kekal .. hingga ke hari nih tak bagi balik!.. nak aku nyanyi lagu 'pulangkan' baru dapat balik kot komik tuu..hek3


upsss... 1 kesan yang kekal sampai hari ni .. aku still guna Body Shampoo wangian Pamelo.. wangian favorite Usagi @ Sailormoon.. hahhahahahha... ^_^

0 Orang yang Rajin:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...