Awal pagi tadi aku menjengah email udah lama aku tak follow perkembangannya..Entah sehat entah tidak.. o_o..
Tertarik dengan 1 mail dari teman sekuliah, Farah hanan.. yang masuk di inbox ku pada Wed, February 18, 2009 12 : 47 : 50 PM.. erk.. dah 2 tahun berlalu mail nih.. nampak sangat aku jarang check email..huhu..
Tertarik dengan 1 mail dari teman sekuliah, Farah hanan.. yang masuk di inbox ku pada Wed, February 18, 2009 12 : 47 : 50 PM.. erk.. dah 2 tahun berlalu mail nih.. nampak sangat aku jarang check email..huhu..
Teringin pulak aku kongsikan isi kandungan mail nih .. Hope dapat kita bersama muhasabah diri..
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca..disentuh terguris,
dihantuk serpih..dihempap berkecai..
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata..cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula..
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata ..bak kata pepatah..
kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku..harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah..akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian..ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu..kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
p/s : buwa!buwa!buwa!... ingat pesanan nih!.. Thanks to farah for this mail.. ^_^
0 Orang yang Rajin:
Post a Comment