Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

Showing posts with label diari harian. Show all posts
Showing posts with label diari harian. Show all posts

30 June 2017

Cerita Kahwin : Janji Allah itu pasti


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Akhirnya 06 Mei 2017.. menjadi tarikh pilihan untuk melangkah ke alam Rumah Tangga. Satu fasa baru dalam sebuah kehidupan. kalau dulu sering dihujani pertanyaan ..Bila nak Kahwin? Ur turn Bila lagi..?.. Bila waktunya.. ? dan tarikh ini boleh menjadi jawapan untuk persoalan-persoalan itu. Sesungguhnya Janji Allah itu pasti. Yakinlah.

Walaubagaimana pun soalan tak terhenti disitu.. persoalan berikutnya pula menyusul bila mana yang pilihan bukan orang dekat .. maksudnya bukan warga Sabahan..
.
.
"Kenal kat mana..?"..
"kawan sekolah ke?"..
"Dah lama berkawan ke?"..
.
.
dan soalan seumpamanya..
dari yang makcik-makcik.. jiran sekampung.. kengkawan office.. kengkawan sekolah.. semua tanya soalan yang sama..Copy Paste!.. Waaa.. diorang ada buku rujukan yang sama ke apa nih?? ('',)

Jawapnya saya tak bercinta buat masa ini..tapi bakal bercinta selepas Nikah. InsyaAllah. Doakan Ya! \('',)/



dan Doa yang seringkali saya ulangi ..
.
.
" Ya Allah. Andai dia Jodoh yang telah kau tentukan untukku dari LohMahfuzmu..Moga di permudahkan urusan ini.. Moga di berkati perhubungan ini..dan andainya dia bukan jodoh yang kau tentukan untukku mohon kau jauhkan dia dariku.. "






Jika biasanya orang nak kahwin pengurusannya agak panjang, saya rasa perkahwinan ini pengurusannya tak mengambil masa yang lama.. 

Sept 2016        - Lamaran
Nov 2016         - YES from me..
Jan 2017          - Rombongan meminang
Feb 2017        - Amik kursus kahwin dan start buat Kad kahwin handmade & hantar jahit baju nikah
Mac-Apr 2017 - Fokus kerja -settelkan Handover Job di tempat kerjab & Deal Photog!
Hujung Apr17 -  Misi mencari barang hantaran & Baju Sanding
May 2017        - Goodies & Cake kahwin
6 May 2017     - Nikah & Persandingan 

Settle!.. Nampak sempoi tak? sebab cousin cakap pengantin paling santai.. \('',)/

21 August 2015

Bangkitlah Diri Mu!..

 "Ya.. selagi kita mampu untuk menghayun langkah.. Teruskan lah .. Jatuh.. Bangun selagi terdaya..  Kerana di hadapan itu sentiasa ada harapan.."

Kata-kata yang ku pelik dari fb seorang penulis Novel.. 
Boleh di kata hampir kesemua novel karya beliau telah menjadi koleksi peribadi!.. ^_^

Hidup ini suatu perjalanan yang panjang.. ada titik mula.. dan pasti juga mempunyai titik akhir. Pelbagai liku hidup kita lalui.. Pelbagai rasa! Masam, Pahit, Manis Masam, Tawar.. dan di sebalik rasa2 yang telah di tempuhi itu.. Kita telah menjadi diri kita hari ini.!

Kerana Pilihan itu sentiasa ada.. Mahu tersenyum atau Mahu terus berduka kita yang pilih.. Hidup ini Indah jika kita terus Tersenyum kerana senyuman itu ubat segala duka..
Chaiyokkkk!!.. ^_^

Lokasi : Kebun Getah Pak Suleiman-> Ayah Zela..

18 August 2015

Throw Back : Hari Bahagia Si Macik!


 Ingin mengabadikan Hari Bahagia Si Macik di sini walau agak terlewat ..
Di antara kami bertiga  : aku-Icha-Bia(nama glamor dalam blog ini : si  macik).. ternyata si Macik  yang melangkah dulu ke alam rumah & tangga..
So, macik.. jaga rumah  & tangga itu.. jangan sampai roboh kalau badai melanda.. Pepandai la handel agar Rumah & Tangga tuh tetap Utuh selamanya.. Setakat Rumah di tiup angin kicik2 itu normal.. ;) 
Kerana Bahagia itu kita yang cipta!... bukan nya bergolek datang depan mata.. ^_^


si macik with kesayangan.. Coco
Icha- kedua mempelai- Aku
Kami Bff berempat sebenarnya with Asman.. Geng bertekak!- 



Kejadian berlaku pada 15 March 2015 .. Selepas beberapa bulan baru lah di Update dalam blog nih.. dah kurang sangat ber-blog ini..Terlalu banyak kenangan hidup yang nak di selitkan di sini .. Terutama Hari Bahagia Kengkawan .. Will Update Soon.. Soon yang tah bila... heheh..

Nak tahu.. si macik masa kini dah berbadan dua pun.. rezeki anak dah sampai tuk dia.. Pa pun semoga berbahagia Macik!.. Dah kurang dah Hangout ngan si macik sejak dia dah kawin nih.. biasalah.. dah ada comitmment lain la katakan... ^_^

20 April 2015

Sekadar Salam Rindu!...

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi setelah sekian lama menyepikan diri dari alam blog, RINDU!.. Ya.. rindu untuk berceloteh di alam blog.. Kadang berfikir untuk membuat post.. tapi entah apa yang hendak di bebelkan.. Bila minit berganti jam..Jam berganti hari.. Hari berganti minggu.. dan akhirnya, bertahun blog nih wujud tanpa sebarang post terbaru.. Sememangnya amat terkesan dengan pantasnya masa berlalu..

Tanpa di sedari dah 2015 kan! Cepat dan Pantas masa berlalu meninggalkan kita! Haishhh...

Sekadar Gambar Hiasan . Sumber : My novel Collection

01 October 2013

Bercelaru

Lidah tidak bertulang..
Untuk berkata-kata.. ianya ternyata amat mudah.. 
Untuk melaksanakannya amat payah..

Wahai hati.. sila bantu diri ini..
Wahai akal.. berfikirlah dengan lebih Rasional..
Semoga semua akan baik-baik saja..



12 July 2013

2 Ramadhan 1434H - Bandung Cincau

Salam Ramadhan buat semua...

2 Ramadhan Bersungkai dengan Bandung Cincau...Kurma juga jangan di lupa..




26 June 2013

Housemate Oh Housemate!

Rupanya bukan mudah untuk mencari housemate yang 'sekepala'..
dalam tempoh 5 bulan nih dah Dua orang housemate bertukar di bilik sebelah..

Housemate yang pertama...
Hanya bertahan dalam 4 bulan rasanya. Budak yang baru mencecah umur 20-an itu sangat tidak mesra alam (pendapat aku je la..) mungkin kerana aku ni seorang yang sangat talkactive.. Bila dapat housemate yang payah nak berkata2.. aku menjadi tension.   
Tapi aku bersyukur bila mana dia mengambil keputusan untuk pindah .. (riangnya dalam hati...) Biar pun cara dia keluar rumah agak kurang sopan.. Ya lah just sms kata nak pindah.. tuh pun angkat barang masa semua orang takda di rumah.. kan tak elok gitu.. Masuk cara baik, keluar pon cara baik la kan.. sekurang-kurangnya., angkat barang masa orang ada kat rumah.. so, takda lah orang akan fikir benda tak baik.. :) 

Housemate ke-dua...
Dah masuk minggu ke-tiga berhousemate baru lagi.. masih terlalu baru untuk menilai.. dalam tiga minggu nih, ada 2 perkara jugak yang merungsingkan aku.. 

1---> setiap kali adik osmet dah menggunakan bilik air, rambut2 yang bergugguran menutupi laluan air di biarkan sahaja .. Tak di bersihkan.. aduh.. sangat tak selesa melihatnya..

2--->selepas aktiviti masak2... dapur tak di lap/bersihkan, minyak yang terpercik di biarkan sahaja.. Ehmmm.. kebersihan dapur ....

Adakah aku sangat cerewet ? nak housemate yang pandai jaga kebersihan.. bukan nak yang rajin sangat pun.. cukup la menjaga kebersihan yang rumah. Kita suka kata.. "Rumah ku syurga ku..".."Home Sweet home.." tapi kalau dah orang kat dalam rumah tak jaga kebersihan rumh.. tang mana la datangnya SWEET HOME tuh.. huhuhu..


Aku pun bukannya sangat rajin dan sangat pembersih.. bilik aku pon kadang cam di landa garuda jugak.. tapi berpada2 la.. :) 


Kepada adik2 yang rasa nak duduk menyewa tuh.. pastikan anda pandai memainkan peranan untuk menjaga kebersihan rumah , walaupon hanya rumah sewa.. tapi ia juga harus bersih seperti rumah sendiri.. jangan sesekali kebersihan dipandang enteng! jangan buat housemate anda makan hati ngan cara anda.. Rumah sewa bukannya asrama yang perlu Jadual Bertugas untuk kebersihan.. ianya tanggungjawab semua,  kesedaran &tanggungjawab itu penting.. jangan hanya harap housemate anda sahaja.. sedangkan anda jugak tinggal di rumah yang sama... huhu..

Note : kadang-kadang kita perlu meluahkan agar ada yang memahami..





23 May 2013

Under maintenance


sebelum terluka dan parah..
rasa hati ini perlu di servis..
SORRY
~ under maintenance ~




19 May 2013

Cerita Si Tukang Cat

Assalamualaikum..
HIJAU

Ya hijau..Warna Kegemaran Rasullullah s.a.w.. Biarpun warna ini bukannya menjadi warna kegemaranku, tetapi akhirnya hijau menjadi pilihan untuk mewarnai bilik ku kala ini. Agak pelik sebenarnya bila aku membuat keputusan memilih warna ini, kerana aku adalah bukan la penggemar warna alam ini. Tapi aku suka indahnya alam.. ^_^

Biasanya aku akan lebih obses ke warna biru dalam membuat pilihan, ya bagaimana tidak kalau baju raya boleh kata tiap tahun berwarna biru! hijau? rasanya sehingga hari ini, aku tidak memiliki baju berwarna hijau kecuali 1 baju yang dihadiahkan oleh sepupuku. 


Walaupun aku bukan pengemar warna hijau, tapi tak bermakna aku membenci warna ini , lagi pula warna hijau kan dapat memberi ketenangan .Terapi Mata. Dan melihat bilik ku kala ini, ku akui rasanya pilihan ini adalah tepat! Aku juga merasa selesa dengan warna ni. Mungkin di masa akan datang hijau juga mungkin akan tersenarai sebagai warna kesukaan ku!  (^_^)

Aktiviti mengecat bermulakan kira2 jam 5.30 petang dan selesai 4.30pagi.. Bersungguh-sungguh 'si tukang cat'..habiskan masa yang agak panjang untuk mengecat 2 bilik.. 1 master bedroom kakak housemate, dan 1 lagi bilik aku yang comel ini. Untuk bilik kakak housemate, cat semua bahagian dinding, dan untuk bilik ku, aku hanya memilih untuk mewarnakan hanya dua bahagian, 1 bahagian hijau lembut dan 1 bahagian lagi, hijau apple..yang lain aku kekalkan warna asal putih sahaja :)

 Aktiviti dimula...

 Bulat2 berwarna warni itu sebenarnya wall sticker yang aku beli dengan harga rm1.90 sahaja. Ianya aku gunakan untuk membuat corak pada dinding. Bajet Creative la konon..

Selepas tolak sana.. tolak sini, tarik sana tarik sini.. panjat sana sini.. Usaha hampir membuahkan hasil.


Telapak tangan merah + panas + berdenyut2.. mungkin kerana di kerah untuk bekerja keras dalam tempoh yang agak panjang..Pada masa ini, Jari-jemari gagal mencengkam sebarang benda. Otot2 jari terkejut barangkali. 

Melihat hasil kerja tangan ku , aku akhirnya mampu senyum manis walau kepenatan masih terasa.

NOte: Nih rumah sewa saja. Tuan rumah tak tahu pun kami mewarnakan rumah ikut keselesaan diri.. Diharap tuan rumah tak marah la yer... 

18 May 2013

Dah masuk Sembilan Bulan..


Assalamualaikum...

Apa yang sembilan bulan??
Sebenarnya nih dah masuk bulan ke-9 saya duduk menyewa rumah di kawasan sepanggar, Kk. Ada member yang bertanya.. macam mana saya dapatkan rumah sewa nih? Adakah saya kenal dengan penyewa2 dalam rumah sebelum saya duk menyewa..? 


jawapan saya.. Saya tak kenal siapa2.. saya hanya mencari bilik untuk di sewa  melalui mudah.com.. dan Alhamdulillah saya dapat housemate yang baik..pandai masak.. tak berkira.. pentingkan kebersihan.. juga memahami.. Mungkin Rezeki saya kan.!.. Alhamdulillah.. 


Terasa lama tak menjenguk ke alam blog.. Ada yang merindui tak? takda pastinya.. hehe
setelah sekian lama terasa nak upload pic makanan.. walaupun pada hakikatnya bukan saya yang masak.. tapi ini lah hasil dari kak sikin.. My Housemate..



Mee Udang kak siikin..

Allhamdulillah sejak tinggal menyewa ni, berat badan dah bertambah-tambah.. 
Sebab jarang sangat skip makan malam. Rajin kan kami masak? (^_^)

Ada yang berminat nak kan resepi Mee Udang nih ke? saya nih malas nak menaip resepi ni.. rajin makan je..;)

05 March 2013

I'm Sabahan

Sabah Tanah Air Ku..
Negeri Kita yang Tercinta..

Melihat keadaan hari ini, aku berfikir panjang.. Apa yang berlaku sebenarnya? Pecerobohan ke atas Sabah yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara. Tak pernah terlintas sedikit pun di minda negeri kelahiran ku melalui fasa ini. 


Kawan2 ramai yang bertanya, Bagaimana keadaan di sana? setakat ini Kk, tenang2 saja.. Takda apa yang berlaku. Walaupun ada kabar angin mengatakan peceroboh sudah sampai ke area kk.. tapi bagi aku.. itu hanyalah kabar angin semata2.. untuk menakutkan orang ramai. Tidak perlu gentar rasanya.. kita kena yakin dengan kemampuan Pewira2 Negara yang sedang mempertahankan negara. Kerana...



Seandainya petualang negara berada di hadapan dan 

menghunus senjata mengair darah kita,

Ingatlah.. Darah Pewira Bangsa telah lama kering di medan Tempur..

21 November 2012

Devdas

Assalamualaikum..

DEVDAS..

Semalam, secara tak di rancang terlayan cerita hindustan nih..
Sebelum nih dah pernah tengok citer ni..Tapi entah di mana silapnya..

Terlebih feeling pulak semalam..
Tengok sampai bengkak mata.. aduyaiii..
Napa Sebelum nih tengok cerita nih tak nangis pon..  huk3..
                                    (T_T)... ?


28 September 2012

Sepi Tanpa Kata..

Assalamualaikum..Lamanya tak update blog.. Di Akhir SEPTEMBER dah rupanya..

Semalam , Sorang kakak( kak Asmah) satu tempat keja kat tempat keja lama bertanya, napa lama tak update blog nih.. Agak terkejut jugak sebenarnya dengan soalan kak As, tak sangka & tak terpikir pulak yang  ada jugak yang sudi menjenguk blog nih.. Blog yang entah apa2 tah nih..

Sebenarnya niat nak update blog tue memang ada, tapi kekandang masa nak meng-update tue.. hilang idea untuk menyusun kata2.. rasa banyak sangat nak di ceritakan sampai tak tahu mana satu nak mula cerita.. dan akhirnya.. takda satu pun entry terhasil sebab dah semua excited nak kuar dari kepala aku nih, so.. aku amik bantal.. amik selimut.. then pejam mata.. Hah!..Jadi entry dalam mimpi je la semuanyer.. hek3

Rasanya masa buat entry simple nih.. muka aku cam kat atas nih je.. heheheh..
Yer la sebabnya aku malas nak buat keja nih, kat opis takda orang,  sebabnya opismate semua buat kerja luar hari nih.. aku?? kiranya aku jadi tukang jaga opis je .. siap di beri keizinan untuk tidur lagi.. hehehe..

Baek sungguh Mood Incik Bos hari nih.. 

Mungkin kah di sebabkan dapat THUMBS UP masa audit semalam??... 
Aku Nak tidur kejap...~sebab bos bagi lesen tidur hari nih..

Ok lepas nih aku akan rajin update si Buuwa Hatee ini! ~ Janji ngan diri sendiri.. ;)


p/s : eh..ehh.. korang jan tidur masa keja tau .. Lesen tidO nih tuk aku sorang je la!.. ~_~


19 April 2012

Merepek aje...

Assalamualaikum..

Menjenguk ke alam blog ku yang senyap sunyi ..hanya sesekali di lawati.. mm.. semakin malas kah diri ini? semakin hilang kah keupayaan untuk menyusun perkataan untuk menjadi ayat-ayat yang sedap dibaca?..

Terlalu banyak sebenarnya yang ingin ku ceritakan.. kehidupan seharian yang semakin berubah rentak... Impian . Harapan.. Kenangan..Cabaran.. terasa ingin di kongsi tetapi dimanakah permulaan cerita..?

Mood malam nih.. agak sayu.. sedih pun ya jugak.. terbawa emosi selepas baca novel "Hati Kala Cinta" penulis Hani Fazuha.. Terbitan Alaf21.. Terdetik dihati..angan2 untuk menjadi penulis novel.. mampukah aku menyusun ayat yang mampu membawa emosi pembaca seperti mana penulis Hani Fazuha berjaya membuat mata ini membengkak.. Emosi terusik.. 


~sekadar gambar hiasan dari camera cabuk aku.. ~buuwa..

26 January 2012

Hanya dalam hati


Terasa ingin menangis walaupun tanpa sebarang sebab....
hanya ingin mengalirkan airmata..agar terlepas beban di hati..

Can I ?






17 October 2011

Tragedi 14 Oktober

Salam.. Meningkat lagi angka untuk tahun ini.. Alhamdulillah syukur kepada Yang Esa atas nikmat umur yang diberi.. Dalam menjalani hidup sehari-hari kadang kita lupa masa terus bergerak dan berlalu.. Bagaikan baru  semalam kita belajar merangkak.. baru semalam kita lari berkejaran dengan teman-teman di bangku sekolah.. dengan baju uniform biru tua di sekolah rendah.. bertukar ke warna biru muda sejurus melangkah ke alam sekolah menengah.. warna kain biru hitam menjadi pilihan di menengah atas.. baru saja melepaskan baju seragam sekolah, beralih pula ke zaman kuliah..walau dari daerah yang berlainan dan loghat negeri yang pelbagai.. latar hidup yang berbeza. kita bertemu dalam satu bumbung dalam mengejar ilmu.. dan kini berada di alam kerja.. masing-masing dengan kesibukkan yang tersendiri.. Kadang terlalu asyik dengan urusan seharian hinggakan terlupa yang kita telah lama meninggalkan alam remaja.. rupanya dah beberapa tahun berada di alam dewasa... macam tak caya pun ada... 

14Oct bertamu lagi.. Tahun nih dapat cake + kfc for dinner dari Macik Bia and da geng.. terasa bahagia pulak bila member2+ kazen2 datang rumah bawa cake.. adeeiii tak terjangka!..sebab janji nak kuar makan esok malam.. caiittt... hahha.. 
Kek nih sangat sedap!..tapi tak dapat nak jamu member2 yang wish kat fb.. kalau tak silap dalam perkiraan aku, dalam 105 wish via fb tuk tahun nih..Kengkawan, Terima Kasih atas ingatan korang ya..

Selamat menjamu selera semua..kenyang aku tengok korang makan.. i'm in hepi mood.. Thanks a lot ya korang2 semuaaaaa...kepada perancang program, kepada tukang sponser..dan kepada yang sudi datang rumah.. korang memang terbaek la..  ^_^









Terima Kasih dan Terima Kasih lagi yang tak terhingga kat korang semua tak kira lah yang wish kat fb ka.. henpon ka.. datang umah ka yang pasti.. Sayang korang..!! hehhe..Ingat nak catat Sejarah hari ini dalam diari tapi lupa pulak yang aku takda diari.. hehhe.. so catatan aku buat kat blog picisan aku nih oke..  ^_^

06 October 2011

Tanpa Makna..



Ku biarkan jari-jemari ini menari di atas papan kekunci..
Tarian jemari yang menghasilkan bunyi seakan patukan ayam.. 
Tarian yang penuh tenaga, langkah yang cukup minima di atur.. dalam kadar yang maxima..
Minda cuba untuk merangka ayat yang bermakna.. yang memberi erti pada diri.. 
Tetapi sekali lagi hanya potongan ayat tanpa isi yang jelas yang terhampar..
hanya luahan rasa yang seakan-akan kosong...
Tanpa makna..


pic : incik google

~Selamat Malam ~ buuwa..

04 October 2011

Senyum jak la..

Masalah hari ini...

23Sept yang lalu...
Dah beli novel cara Online.. 
Dah dapat pun email yang kata dah dapat bukti pembayaran .. 
Kiranya dah masuk status dalam proses penghantaran..  Allhamdulillah..

Hari nih dah masuk minggu ke-2.. 
Saja bertanya coz still tak dapat apa2 nombor rujukan penghantaran lagi..  
Jawapan yang diterima : bukti pembayaran tak diterima lagi.. 
Sedikit kecewa..

Bayaran melalui Online transfer..resit memang tak ada.. 
kalau nak nombor rujukan masa transfer duit tue boleh la di bagi lagi..
Rasanya maybank dah hantar pun email pengesahan hari tue..
macam mana nak buat lagi nih..huhuu..

~Tak kesah pun novel tue lambat sampai kat tangan..Amik la masa sebulan pun, tapi jangan jangan ada problem cam gini..
~ "Zam alaka zam... settle la wahai problem..hak3" ~

~senyum.. senyum.. senyumm... hati keciwa... lalalala~~


p/s: masa nih..mood untuk membaca novel berada di tahap sifar..paling minimum.. (O_o)

27 September 2011

Bila Masyarakat Terlebih Prihatin..

Salahkah sebuah persahabatan terjalin..?

Mengapa itu di jadikan modal untuk mengata?

Sudah tiada modal lain?

Mungkin terlalu banyak masa lapang ..?

Atau tidak senang melihat senyuman terukir di wajah?

Dimana mulanya ?


Dimana pulak pengakhirannya?

Persoalan demi persoalan bermain di minda...

p/s : gangguan otak kesan pabila masyarakat terlebih-lebih prihatin.. 

20 September 2011

Tanda ingatan dari kLang

Raya tahun ini mencatatkan kenangan indah yang tersendiri.. 
 Menerima bungkusan yang tak termimpikan dari sahabat di alam maya @ dunia fb..
Terima Kasih beribu-ribu Lemon kepada member-member kLang
 pacik Mamat Hn , Gmie Boyo, brader Jack & semua yang terlibat..

kotak yang beralamat lengkap!.. via Pacik Postman
 ↓
muncul Lah..Kotak bear yang sangat comei..
↓
ada kuih raya dan popia isi serunding +...
+
 ada pen ..magnetik..manik yang terukir nama Yang Esa dan Rasulullah
+
kain sarawak .. kad .. Duit Raya special guna wang Pos.. ;p
+
ada juga gelang manik-manik nih.. 
↓
Ambil gambar sambil makan biskut raya dan nyanyi2 lagi.. ♫ ♬♪♩♭♪
"Senyum seindah suria yang memberi cahaya..
 Senyumlah dari hati dunia mu berseri.."


Upssss... 
sebelum dapat hadiah raya di atas.. 
dah dapat coklat kegemaran ramai nih.. awal beberapa hari..via Macik Bia
Terharu sesangat dengan pemberian kalian.. 
mampu di balas dengan ucapan Syukur Alhamdulillah..
Terima Kasih duhai sahabat.. Semoga Ukhwah yang terbina berkekalan hendaknya.. 

p/s : duit raya tak pi claim lagi nih.. rasa nak guna beli Novel best gak kan.. tak lah lesap aje duit raya nyer..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...