Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

19 August 2015

Throw Back : Bff Trip Cuti-cuti Malaysia 2013

 Throw Back!.. Ya menjengah ke masa yang telah berlalu.. Cuti Hari Malaysia 2013. Menghabiskan cuti2 bersama sebelum Tuty melangkah ke Alam Perkahwinan. Zela pun dah menyusul.. dah jadi mak orang dah pun... Dah lama sangat pic nih rupanya.. hehe

Ya nih la Quality Time buat kami!.. Perjalanan berempat tapi dalam pic semua bertiga saja.. sebabnya yang sorang suka rela jadi Photographer kitorang!.. lalalala.. Thanks a lot to Zaib sebab sudi layan kerenah kami bertiga..^_^

Sebok Cari  Tarikh Lahir!


Berada di Puncak War Memorial Kundasang.. berlatar belakang Gunung Kinabalu


Tabik!
Gaya memasing.. :P
Meh gi tengok Lembu.. Lembu dah masuk kandang.. so, 123..Snap!!
Santai di hadapan Muzium Negeri
Beraksi di luar Muzium pon bulih..
Cool.. Mesilau, Kundasang


Pondok Usang.. Indah pemandangan di Sini! Serius Beb!..

Johor - Labuan - Sabah
Ya kami bertiga dari tempat yang berbeza.. mencipta ikatan persahabatan di alam kuliah. Kami bukan coursemate tapi kami kamsis-mate!.. Burhanudin Helmi menemukan kami! Nak bercerita tentang alam U.. terlalu banyak kisahnya..terlalu banyak untuk di refresh so kita skip la dulu. 

Ada masa nanti baru kita berceloteh panjang.. Bubyee...
pstttt... weh korg berdua.. Windu korang!..
Selamat menjadi isteri Soleha.. penyejuk jiwa.. penawar di hatii ya.. ;)

26 June 2013

Housemate Oh Housemate!

Rupanya bukan mudah untuk mencari housemate yang 'sekepala'..
dalam tempoh 5 bulan nih dah Dua orang housemate bertukar di bilik sebelah..

Housemate yang pertama...
Hanya bertahan dalam 4 bulan rasanya. Budak yang baru mencecah umur 20-an itu sangat tidak mesra alam (pendapat aku je la..) mungkin kerana aku ni seorang yang sangat talkactive.. Bila dapat housemate yang payah nak berkata2.. aku menjadi tension.   
Tapi aku bersyukur bila mana dia mengambil keputusan untuk pindah .. (riangnya dalam hati...) Biar pun cara dia keluar rumah agak kurang sopan.. Ya lah just sms kata nak pindah.. tuh pun angkat barang masa semua orang takda di rumah.. kan tak elok gitu.. Masuk cara baik, keluar pon cara baik la kan.. sekurang-kurangnya., angkat barang masa orang ada kat rumah.. so, takda lah orang akan fikir benda tak baik.. :) 

Housemate ke-dua...
Dah masuk minggu ke-tiga berhousemate baru lagi.. masih terlalu baru untuk menilai.. dalam tiga minggu nih, ada 2 perkara jugak yang merungsingkan aku.. 

1---> setiap kali adik osmet dah menggunakan bilik air, rambut2 yang bergugguran menutupi laluan air di biarkan sahaja .. Tak di bersihkan.. aduh.. sangat tak selesa melihatnya..

2--->selepas aktiviti masak2... dapur tak di lap/bersihkan, minyak yang terpercik di biarkan sahaja.. Ehmmm.. kebersihan dapur ....

Adakah aku sangat cerewet ? nak housemate yang pandai jaga kebersihan.. bukan nak yang rajin sangat pun.. cukup la menjaga kebersihan yang rumah. Kita suka kata.. "Rumah ku syurga ku..".."Home Sweet home.." tapi kalau dah orang kat dalam rumah tak jaga kebersihan rumh.. tang mana la datangnya SWEET HOME tuh.. huhuhu..


Aku pun bukannya sangat rajin dan sangat pembersih.. bilik aku pon kadang cam di landa garuda jugak.. tapi berpada2 la.. :) 


Kepada adik2 yang rasa nak duduk menyewa tuh.. pastikan anda pandai memainkan peranan untuk menjaga kebersihan rumah , walaupon hanya rumah sewa.. tapi ia juga harus bersih seperti rumah sendiri.. jangan sesekali kebersihan dipandang enteng! jangan buat housemate anda makan hati ngan cara anda.. Rumah sewa bukannya asrama yang perlu Jadual Bertugas untuk kebersihan.. ianya tanggungjawab semua,  kesedaran &tanggungjawab itu penting.. jangan hanya harap housemate anda sahaja.. sedangkan anda jugak tinggal di rumah yang sama... huhu..

Note : kadang-kadang kita perlu meluahkan agar ada yang memahami..





25 May 2012

Kosong

Assalamualaikum..


Jam menunjukkan pukul 5.59am..


Setelah beberapa kurun membiarkan blog nih terawang di alam maya. Sekali lagi Jari2 ini terasa ringgan untuk menari di atas papan kekunci. Ingin bercerita, tapi akal ku tak mampu memberi kerjasama yang baik. Tiada apa yang terlintas di kepala saat ini..
 dan akhirnya..


 muncul lah entry tanpa isi seperti hari ini... Peace..^_^

Insyirah Izzati di pagi hari..  Rindu ngan budak nih!...ahakss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...