Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

Showing posts with label cerita masa sekolah. Show all posts
Showing posts with label cerita masa sekolah. Show all posts

16 May 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei 2011

Tarikh yang di pilih untuk mengingati  jasa bakti para warga Pendidik...
dan dengan Tema pada tahun ini.."Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
Semoga para guru lebih tabah dalam mendidik anak bangsa hari ini yang akan menjadi tunggak pemimpin masyarakat hari esok..
 Selamat Hari Guru..

..Terima Kasih Cikgu atas jasa bakti kalian.. 


Kepada my sista cigu Ernie & Pn.Irma serta sahabat handai..rakan-rakan yang menjadi pendidik bangsa... korang adalah penjana masyarakat hari esok.. so, All da best !!.. semoga sabar dan tabah dalam mendidik masyarakat hari ini.. 

28 April 2011

Aku Sayang KAMU Sangat2 | Contest Sahabat

11 tahun lalu...bertempat di SM. Saint Francis Xavier.. Kelas 4 Intelek..

"Boleh sia duduk sini? ngantuk betul..." tiba-tiba suara itu menyapa. 
Aku mendonggak. Senyum."duduk la.." berserta anggukan di kepala tanda mengizinkan.

Sejak awal tahun sememangnya aku menguasai tiga meja termasuk meja ku yang tersusun rapat sebaris dengan dua lagi meja kosong tak berempunya.

Cikgu masuk kelas dan matapelajaran Bio pun bermula. Belum pun 5 minit Cikgu Bio yang merupakan guru pelatih itu menurunkan ilmunya.. Teman di sebelah sudah mula memejamkan mata.. Ngantuk sangat nampaknya. Inilah Bahana ikut latihan kawad kaki setiap petang untuk pertandingan peringkat negeri . Kurang Rehat. Kesian. Aku cuba cover line, cuba jadi penghadang dengan harapan Cikgu tue tak perasan. dan...

" Kathleen , kamu jaga anak ya  malam tadi sampai tak cukup tido.." 
Aku terkejut, bila masa cikgu dan depan kami nih. Kathleen terjaga. terpinga2 memandang cikgu Bio tue..mamai lagi rupanya. 

" dia kurang rehat teacher, sebab ada latihan kawad tiap petang..mo ikut pertandingan" aku menjawab lancar.. 

Cikgu menggeleng dan berlalu.. pembelajaran di teruskan..Eh, Cikgu tak mara lah! Si teman pun menyambung tidur dan sejak hari itu, menjadi rutinnya untuk duduk di sebelahku setiap kali rasa mengantuk.. dan kemudian terus berhijrah dangan beg-beg sekali..Ianya telah menjadi titik tolak bermulanya sebuah persahabatan yang akrab. Yang juga mengajar ku tentang indahnya Persahabatan..
____________________________________________________________________________


Intro yang cukup panjang kali ini. Sememangnya dah lama berhasrat untuk buat entry tentang sahabat-sahabat tersayang yang sanggup hadir mewarnai hidup yang penuh liku2 nih. Dan suatu suratan atau kebetulan pulak terjumpa Contest tentang Sahabat yang di anjurkan oleh Cikgu Sudirman.. terbaca kat facebook member sebenarnya. 

Siapa Cikgu Sudirman? Dialah tuan punya blog yang menulis bukan kerana nama.. Nama je tak cukup? Nak tengok muka jugak? iskk.. Sila buat lawatan ke -->SINI bukan setakat 1, 2, 3 aksi dan gaya korang boleh tengok..10,20,30.. pun boleh..heheheh.. (Jan mara ya tuan Blog...peace)..Cikgu nih mudah terusik dengan entry yang feel2 gitu katanya.. aduhh.. Entry ku mode happy2 aja la cikgU.. kurang point..ahakkkkss..

Banner yang wajib di letakkan seandainya anda join Contest nih.. So dengan senang Hati aku letak jugak ya...Nak tengok maggic? Sila klik pada banner..
Sebelum tue.. nak minta maaf.. Entry agak panjang.. Nih separuh jer sebenarnya.. 
____________________________________________________________________________
sambung cerita SAHABAT2 ku sayang..

Kathleen watak utama cerita benar di atas merangkap Intro untuk Entry kali ini. Sangat Sayang dengan budak yang di lahirkan tak cukup bulan ini. Orang yang bertanggungjawab  menjadikan aku seorang yang sangat banyak cakap di dalam kelas. Walhal sejak aku di hijrahkan (paksa-rela) dari kelas 2 citajaya ke kelas 2 intelek, aku menjadi sorang yang cukup PENDIAM. Biarlah 1 kelas ketawa mendengarkan lawak tahap cipanzi.. aku masih boleh tenang tanpa perasaan. Berkeadaan yang sama selama 2 tahun lebih hinggalah berlakunya kejadian di atas. Aura becoknya semakin lama meresap , menghuni, menjelma dan beraja dalam diri. Cewaahhh... 

Dia seorang yang sangat happy go lucky, suka dan suka dan sangat suka ketawa, agak happening, hobi-nya berkadar langsung dengan hobi-ku.. Cintakan Novel..Sanggup berpanas di bawah sinaran sang suria untuk berjalan kaki ke library bersama-sama..alasan kononnya nak belajar. Hakikatnya, untuk mencari novel baru sanggup bergantian tunggu di kaunter pemulangan buku untuk check dengan harapan ada sesiapa yang pulangkan novel best.. hinggalah ke hari ini kami menjadi novels collecter.. Gabungan mantap - aku bawa buku teks math, ko bawa add math- aku bawa kimia, ko bawa bio - ko siapkan homework bi, aku copy - aku siapkan homework math, ko copy pulak.

Peristiwa berpeluh di Taman Perling, Johor menjadi antara kenangan yang indah dalam kenangan. Berlaku di zaman kuliah tatkala cuti dan ku gagahi diri melawat kath di Skudai. Berempat dengan kamceng kath~ Farah dan Roni. Naik bus dari skudai ke Taman Perling - berhenti di station yang salah dan kemudiannya berjalan kali mencari station bus - salah laluan berpatah balik - bahang mentari tak di peduli - melawan arus kenderaan dengan berjalan kaki entah berapa KM sambil bergelak-tawa sepanjang jalan - menerima pandangan pelik dari para pemandu kenderaan - senyum sumbing di beri - Ini lah kesan anak perantau di rantau orang.. sesat! - walau bagaimana pun senyum tetap menghias bibir.:)
Kata-kata untuk Kath : sangat sayang kamu! eh,kita ada pertaruhan yang masih tertangguh.. 11 tahun dah berlalu.. pemenang belum ada lagi nih..ahakssss... Pizza Oh Pizza.. 


Karen Chung berketurunan Sino-Dusun yang sangat famous dengan jolokan spice girl sfx di zaman persekolahan. Menjadi schoolmate seawal 1990 hingga 2003! Menjadi classmate pada 1998. Menjadi geng pada 1999. Menjadi bestfriend bermula 2000 until now and forever. Juga seorang yang becok tapi lincah. Suka ketawa sambil tutup mulut. Peramah. Cepat panik tapi kadang lucu pada di pandang. Juga gabungan mantap terutama dalam bab copy & paste subject kimia.

Aku di Saman 50sen atas kesalahan makan dalam kelas! Nih antara benda yang tak boleh terlupakan. Masa rehat tiba - teringat keropok k-Ok yang ku bawa dari rumah - Aku duduk di tempatku then menikmati keropok sepuloh sen itu -Tiba2.. Sang Pengawas datang dan arahkan keluar dari kelas - Peraturan sekolah masa itu tak boleh makan dalam kelas - Aku tahu itu tapi saja nak tengok sejauh mana ketegasannya dengan member- cabar-mencabar kejap - Bajet lepas la - Tup2.. sebelum balik, aku terjumpa 1 surat saman dalam laci meja ku, hadiah dari si bestpren nih.. cayalahhhhh...
Kata-kata untuk Kay : luv u dear! be a good wife arrr... 



Sherley Lok. SM Ken Hwa menjadi saksi persahabatan kami. Di kelas yang tak ubah macam stor kami mula bertukar senyuman. Kelas yang ada tingkap tak ada cermin tapi bergril hitam. Bila di ingat2.cam bilik tawanan pula.. Tapi istimewanya, ada toilet dalam kelas.. menjadi laluan wajib guru dan students sekolah. Famouslah kelas kami. Tepi pula ada kolam ikan terbiar..  Batch ke-3 untuk class Form 6 di SMKH. Macam mana boleh menjadi sangat rapat? Sebabnya aku kan interior designer kat kelas. Setiap bulan kedudukan meja kerusi akan berubah! kejap bentuk U.. kejap bentuk V.. kejap segi empat berpusat. kejap macam bar cabury.. dan walaubagaimana pun susunan kerusi meja, Sher akan tetap di sebelah aku! Sher tak lah sebecok aku. tapi dia murah senyuman. manja sikit. suka ketawa. suka kenakan orang. Suka aktiviti yang advanture..


Di tanya tentang kenangan yang tak dapat di lupakan tentang persahabatan kami? Jawapan aku, Semua kenangan zaman Form 6 di SMKH. Dapat kosong markah? Tidur dalam kelas? Eksperimen gagal? Meniru dalam exam? camping di banjaran crooker? BBQ di Bunsit? Farewell di kk? semua jadi kenangan terindah. Kalau boleh nak Repeat balik semuanya tentang Form6.. Alam persekolahan paling indah kalah zaman kuliah.. 


"Colin, Jom pi Toilet.." 
itu kata-kata Sher yang tak dapat ku lupakan. Sambil kami berdua berdiri di hadapan pintu kelas ketawa geli hati. Yalah.. selama nih kalau ke toilet kami selalu bertiga dengan Tzzy Yi. Tapi hari tuh, Tzzy tak ponteng kelas, rasa tak cukup korum pulak bila berdua saja.. Si colin la jadi mangsa..Ternganga budak tuh! heheheh..~~ Masihkah kau ingat...
kata-kata untuk Sher : sayang kamu! be a lurvly mama ya..!




Norazuni Roslili anak jati Negeri Indra kayangan.13 June 2004 salam perkenalan ku terima dari Zuni seawal pukul 8pagi di hadapan Kolej Burhanuddin Helmi. Zuni bertanya itu ini aku hanya jawab.." Ya, Tidak, tak tahu dan senyum..". bukan sombong tapi... Pekatnya loghat Utara! Dah lah aku baru beberapa jam sampai di tanah semenanjung nih. Habuk pun aku tak paham. Dalam hati berdoa, janganlah jadi Roomate aku! macam itik dan dengan ayam pulak nanti. Dan dengan izin-Nya.. masa check-in bilik, ternyata.. She is my Roomate!. dan di situlah kami mula mencorak persahabatan kami yang bermula bagai itik dan ayam bila bersembang.. suka, duka, marah, muram, sedih, gembira,...di zaman kuliah di kongsi bersama..


Berfikiran agak matang walaupun merupakan anak manja kepada PaCik Roslili. Sangat Rajin belajar berkadar songsang pulak dengan aku. Agak teguh pendiriannya, kadang-kadang berangin jugak macam aku. Yang bestnya kalau tengah marah, loghat utara macam air paip..laju je.. hahha. 


Pernah suatu hari bila aku di landa kesedihan tentang Friendship. Untuk kesekian kalinya aku menangis sebab sahabat di zaman kuliah ini.. Konon sesi luahan perasaanlah.. Tup-tup kena bebel.. ingat lagi kata-kata Zuni.. 
" tue la wani ni senang sangat percaya kat orang.. kan dah kena.. nih bukan kali pertama.. dah beberapa kalikan....bla2..bla2..bla...." 
Nangis lagi! Peluk Zuni..  terasa kasih sayang sebuah persahabatan.. besttnya.. huk3.. Really miss U!!!..


Bunga Telur Pink-Biru, Hand Gift bertema biru yang juga dihiasi bunga kecik berwarna pink.. yang menjadi tema perkahwinan zuni antara hasil tangan aku dan member-member Blok  dalam usaha memeriahkan majlis zuni. Markas pembuatan, semestinya bilik aku yang sentiasa menjadi bilik pilihan untuk melepak. Open 24hour!.hehe ~~indahnya kenangan itu..
kata-kata untuk Zuni : You are my best Roomate!! Luv ya!.




Hartuti Dehek si cewek endrekan yang cara hidupnya lebih kurang saja dengan family ku. Anak ke-5 dari 7 adik beradik. Berasal dari WP Labuan. Totaly happy go Lucky, Mudah mesra, sumber kekuatannya datang dari family bonding!~penilaianku jak nih..heheh. Nak tahu lagu-lagu best yang terbaru? Roger jak dia..confirm tahu! lagi-lagi lagu dari seberang. Seseorang yang sangat menghargai kawan. Tak percaya? kenali dia di Blog Satu Nama Sebuah Cerita .


Aktiviti PERMIS merapatkan kami. Berjuang bersama untuk merapatkan silaturahim anak-anak sabahan di perantauan.  Kenangan tak terlupakan pabila aku melarikan diri dari practical dan pergi ke majlis kahwin kakak Tuty. Kemeriahan, Keramahan family tuty membuat aku berubah fikiran. Cuti yang sepatutnya hanya 2 hari berlanjut hingga seminggu! Berani kerana Berani! Ronda-ronda labuan bersama Tuty family yang sangat happening!! Ingin ku ulangi lagi memori ini masa Tuty kawin nanti. So, Ty... jangan kasih lambatt..ahakssssssss..
kata-kata untuk Tuty : Thanks for da friendship. Sayang kamu! 



KATA-KATA BUAT SAHABAT-SAHABAT KU
Jarak bukan penghalang, warna kulit bukan ukuran, fahaman bukan alasan..
Terima Kasih kerana hadir dan memberi warna dalam hidup ini..
.. Sayang Korang Sangat2!!

18 March 2011

SM SFX vs SMKH

Bila student dah semakin creative...dan telalu banyak masa lapang... maka terhasil lah .. Lencana sekolah yang sangat creative.. Gabungan Lencana  Sekolah lama tempat aku jadi budak Skema.. (Skema la sangat.. hak3..) 5 tahun.. Sekolah Menengah.Saint Francis Xavier Keningau dan sekolah tempat aku menjadi super duper senior selama 2 tahun.. Sekolah Menengah Ken Hwa Keningau... ^_^

Bila tengok Lencana nih.. TER-Rindu alam persekolahan.. TER-Rindu zaman bergelar pelajar... TER-Rindu ngan uniform sekolah.. TER-Rindu dengan loceng sekolah.. TER-Rindu excape perhimpunan sekolah.. TER-Rindu jadik budak skema.. TER-Rindu ngan musuh2 aku kat kelas.. Unta, ikan Yu.. Tomato.. TER-Rindu bespren aku.. c Kucing..   TER-Rindu Cikgu2 nya.. Tapi NDAK TER-rindu ngan homework2 nya ya... Malas...hak3..

credit tuk yang rajin wat combination logo nih..sumber fb ^_^

p/s : tanpa di sedari.. masa terus berlalu dan berlalu.. 

15 March 2011

Lagu sekolahku : SRK.SAINT. FRANCIS XAVIER

LAGU SEKOLAH : SRK ST.FRANCIS XAVIER KENINGAU SABAH
   
MEGAH DAN INDAHNYA KAU BERDIRI..
TERSERLAH SETIAP HARI..
DARI SEJAK AWAL MU..
KEUNGGULAN SETIA MU..
 MENAMBAT HATI..

ANAK-ANAK MU MENCARI ILMU
DI GEDUNG MU YANG AGUNG..
Sekolah Rendah Kebangsaan Saint Francis Xavier


KINI KAMI BERUSAHA HINGGA BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA...
KEINDAHAN SENYUM DAN BUDI PARA GURU MU..
TETAP MENJADI INGATAN

Class 6 Merah batch 1996 srk sfx

18 February 2011

Kami budak kampung..

Zaman itu.. 
Zaman yang penuh dengan kenangan..
Zaman yang di hiasi dengan senyum ceria..
Zaman yang di warnai dengan tawa riang..

Zaman di mana ..
kita hanya tahu ketawa bila suka.. 
menangis bila dah berbuat salah.. 
bergaduh bila kalah.. 
kemudian berkawan semula..
dan bergaduh lagi tanpa ada rasa dendam di hati..  

Zaman dimana..
lumpur, sungai, debu menjadi sahabat terdekat..
laungan ibu menjadi radio..
rotan ayah menguji kelincahan..

Zaman dimana kita semua pernah lalui..
Zaman yang pasti kita rindui..


Zaman itu telah aku lalui..melihat budak-budak bermain di padang, tergerak hati untuk aku kongsikan aktiviti budak kampung aku selepas Chinese New Year yang telah berlalu tapi kesannya masih kekal sehingga hari ini..Aku pun kurang pasti bila ianya akan berakhir... mungkin bertahan seminggu lagi.. 2 minggu lagi.. or mungkin sebulan dua lagi.. 

Teammate..markas.. di bawah pondok usang..

langkah dimulai..

Kadang ianya bermula seawal bermula seawal pukul 7 pagi bebudak nih akan berkumpul di pondok usang yang dijadikan markas.. dengan membawa peralatan masing-masing..Aktiviti bermain gendang (pecemaran bunyi nih..) & Tarian Singa ala kampung style akan di mulai.. bermula lagi pencemaran bunyik di kampung ku!.. Haiiyakkkkkk...sesiapa yang ada hati nak bermalas-malasan di tempat tidur..confirm tak boleh.. coz ..bunyi gendang terasa cam dekat telinga jee.. biasalah.. kan rumah kayu..^_^..



Yang bestnya peralatan untuk aktiviti ni tak mengeluarkan duit .. budak kampung la katakan.. mestilah inovatif! hehe...kayu bentuk bulat sepanjang lebih kurang 30cm.. baldi yang dah bocor kadang guna tin terbuang.. penutup periuk..yang di rembat kat rumah masing2.. dan kotak pula di jadikan kepala singa..! ..^_^

 singa2 tengah panjat tembok... 

 eh, singa2 pompuan pun ada la!...

Akhirnya singa2 dapat beraksi dengan jayanya.. ^_^

p/s : masa kecil dulu aku rasa,aku pon terlibat dengan benda nih..rindu di zaman itu..zaman kegemilangan..miss da memories..hehehe

02 February 2011

MASA ITU : Heroin Pujaan..

Today lets get back to our good old memories !

 “Dengan kuasa bulan akan menghukum  mu”... 
Siapa tahu ayat nih? Yang tahu tue confirm korang peminat kartun SailorMoon kan.. Jangan tak ngaku! Rileklah coz aku pun sama ..Masa tue tak ingat la umur berapa.. lupa dah.. tapi kalau tak silap dalam darjah 6, tak pun form 1 la kot..minat sangat dengan kartun nih..di tayangkan seminggu sekali kat tV2..dah lah tue 1/2 jam je.. huk3.. bayangkanlah kalau ter'missed' untuk oN tV masa masa tue kenalah tunggu seminggu lagi baru dapat tengok! takda siaran ulangan! sadis sungguh!..



Heroin  cantik-cantik belaka.. Rambut panjang cecah ke lutut ! Kaki panjang berjengkal-jengkal.. mata besar bercahaya..  Prajuritlah katakan...Masih ingat lagi Setiap seorang prajurit mewakili 1 planet sailor....


SailorMoon, Sailor Venus, Sailor Mars, Sailor Mercury..Sailor Jupiter.. Sailor Sartun .. Sailor Pluto..Sailor Neptune . Masing2 ada kuasa hebat tersendiri. Kalau tak silap Mercury  ada kuasa kawal air, Mars –api , Jupiter –angin, Vernus... aku tak ingat..pastuh sebelum berlawan kena transform dulu, kalau tak nanti takda kuasa,  Masing-masing ada alat sakti! Kalau dah Transform pulak skirt menjadi pendek sejengkal.. then jadi cantek berseri2..  hehe..

 Nih la 5 orang Sailor yang utama..Mercury, Mars,Moon,Jupiter & Venus

TuxedoMask
Satu lagi watak penting dalam kartun nih.. Satu2nya hero.. TuxedoMask.. yang akan muncul di masa-masa yang kritikal if heroin2 nih dah nak kalah..kiranya penyelamat terakhir la.. Boyfriend kepada si sailormoon.. ^_^

Ada lagi satu watak, budak kecik yang rambut color pink! Usagi kecik..@ SailorChibimooN . Ramai yang lupa kewujudan budak kecik nih yang kononnya anak kepada sailormoom + tuxedomask! Datang dari masa depan la kononnya..heheh..Kuasa dia hebat jugak nih. boleh buka kunci laluan dunia dimensi lain menggunakan loncengnya (hebatnya daya ingatan aku!)..


Usagi Kecik @ SailorChibiMoon







Luna (Black) & Pasangannya
Luna ! jangan ingat warna color LUNA yang kita selalu guna tuh. Luna nih nama kucing yang bertanggungjawab untuk mencari orang2 yang berkuasa sailor & juga jadi mastermind kepada sailor2 untuk lawan musuh.. Nak tau kelainan Luna dengan kucing2 lain? Ada tanda bulan sabit di dahinya.. so, cuba korang check kucing korang.. kot2 la ada tanda macam tuh.. bolehlah panggil si Luna jugak..hehhe..Pastuh boleh bercakap pula si Luna nih.. kucing korang boleh ka? muhahah..


“Maafku tak pernah berterus-terang.
Bukan ku tak mempercayaimu,
Namun sebelum ku berganti rupa..
Ingin aku menemuimu..
Ku kan bermandi cahaya bulan
Yg cemerlang di malam yg cerah..
Memang teLah lama kurasakan
Ingin menolong yg lemah..
Tiba-Tiba keajaiban terjadi
Kekuatan muncul di diri
Untuk melawan semua kejahatan..
Kekuatanku harus digunakan
Menegakkan segala kebenaran
Ini keajaiban ALam..
Aku mempercayainya ,Ini keajaiban aLam”.


Tika dah menginjak dewasa nih baru lah ku sedar yang heroin pujaan ku semasa kanak-kanak nih hanyalah satu kartun stereotaip... Berlawan tak mengguna kuasa fizikal.. hanya, mengggunakan kuasa sakti dari alat kuasa yang di miliki..! Yang paling penting mana nak cari orang pakai skirt pendek tapi tak nampak spender langsung? Kat sailormoon la!..heheh.. 


p/s  : Sebenarnya bukan takat follow kat tV je.. dulu aku & sisters kumpul duit untuk beli komik Sailormoon lagi..Lengkap 18 Episod! Tapi tah sapa yang pinjam & buat hak milik kekal .. hingga ke hari nih tak bagi balik!.. nak aku nyanyi lagu 'pulangkan' baru dapat balik kot komik tuu..hek3


upsss... 1 kesan yang kekal sampai hari ni .. aku still guna Body Shampoo wangian Pamelo.. wangian favorite Usagi @ Sailormoon.. hahhahahahha... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...