Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

Showing posts with label dunia blog. Show all posts
Showing posts with label dunia blog. Show all posts

20 April 2015

Sekadar Salam Rindu!...

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi setelah sekian lama menyepikan diri dari alam blog, RINDU!.. Ya.. rindu untuk berceloteh di alam blog.. Kadang berfikir untuk membuat post.. tapi entah apa yang hendak di bebelkan.. Bila minit berganti jam..Jam berganti hari.. Hari berganti minggu.. dan akhirnya, bertahun blog nih wujud tanpa sebarang post terbaru.. Sememangnya amat terkesan dengan pantasnya masa berlalu..

Tanpa di sedari dah 2015 kan! Cepat dan Pantas masa berlalu meninggalkan kita! Haishhh...

Sekadar Gambar Hiasan . Sumber : My novel Collection

14 January 2012

Jenguk kejap..

Umpphhh...Chaaaaaaaackkkkk!!...


Lama tak jenguk blog nih.. sudah dipenuhi dengan sawang rupanya.. heeeeeee...
Pemalas sungguh lah sepupu sepapat sepipit tuan puan tanah punya blog nih...  ^_^ 

pssttt... Salam 2012 semua... ^_^ 

22 September 2011

Speed Test Tool



Hah! Meh sini kita uji kelajuan blog masing2.. Nih benda penting jugak tuk blogger sekalian amik perhatian.. Kelajuan purata yang di syorkan untuk blog antara 80 hingga 120... kalau yang dah melebih2 tuh better di sarankan buang jak widget2 yang kurang penting dan tak berkenaan. kalau tak.. confirm effect kelajuan masa nak loading blog korang... 

Sebelum ini blog aku banyak widget comei2.. nak blog aku nampak cantik la konon nya.. tup2..tym nak loading.. mak aiiiii.. lidutttt.. lemmauu.. dah lah aku guna broadband jerk.. haiiyakk.. hilang mOod aku nak berblogging... Then aku jumpa alat nih..kat blog brader Abgteror nih dan mula la aku check speed test blog aku.. pergghh.. 207.67 ++ patutlah lemmauu semacam jak.. huk3.. dan aku pon mula lah membuang widget2 yang tak berkenaan.. dan sekarang aku dah boleh tersenyum-senyum arnab..hek3..

Korang try la check pulok... free je.. xpayah bayar Oke... hehhe..^_^

Korang masukkan je url korang.. (Eh! boleh masukkan max 10 url tau! ..hehe)
 contoh : buuwahatee.blogspot.com.




(eg. iwebtool.com)





29 August 2011

Contest: Makan Apa Berbuka??

Terasa nak join Contest juadah berbuka nih...walau pun agak lewat.. tapi dah niat hari tue nak join.. so , ku teruskan jua...^_^.. contest yang di anjur oleh Arefliff.. 


Sila klik pada banner yang comei nih.. ^_^


Juadah pilihan ku di bulan Ramadhan..

Doh donut + bentuk karipap + inti mee = Panada
Nih antara juadah berbuka tak jumpa kat bazar , made at home.. resepi Mum... anak2 bugis tau la kot.. Setiap bulan Puasa, Menu nih pasti menjadi pilihan sekeluarga.. ^_^



Biar pun contest nih untuk makanan ketika berbuka, tapi saya tetap nak selitkan minuman.. boleh kan? Nih la Minuman yang kerap terhidang di meja makan tatkala waktu berbuka.. Meelo Cincau!.. Mula meminatinya selepas baca 1 novel dimana wataknya suka meelo cincau.. lepas tue try buat.. dan rasanya memang..Mabeless!!

17 August 2011

segmen jom kenal dan tambah rakan blogger

17 Ramadhan..
Salam Nuzul Al-Quran buat semua.. 
Nak join segmen nih? sila klik banner di bawah.. 

Nama panggilan Blogger :
selamat berkenalan..di dunia maya dan di dunia nyata.. just call me... buuwa.. 

Tarikh mula berblog:
 blog nih wujud di bulan july 2010..
selalu bersawang coz jarang update entry...
sekadar blog picisan orang kata..
tapi saya rajin blokwalking baca entry member2..heheh

Rakan blog terkini :
setakat nh saya ada 105 sahabat di dunia blog.. thanks kawan2 yang sudi berkawan.. ^_^

Target tambah rakan blogger : 
cukuplah 3 orang setiap bulan.. bertambah jugak kan? ^_^


28 April 2011

Aku Sayang KAMU Sangat2 | Contest Sahabat

11 tahun lalu...bertempat di SM. Saint Francis Xavier.. Kelas 4 Intelek..

"Boleh sia duduk sini? ngantuk betul..." tiba-tiba suara itu menyapa. 
Aku mendonggak. Senyum."duduk la.." berserta anggukan di kepala tanda mengizinkan.

Sejak awal tahun sememangnya aku menguasai tiga meja termasuk meja ku yang tersusun rapat sebaris dengan dua lagi meja kosong tak berempunya.

Cikgu masuk kelas dan matapelajaran Bio pun bermula. Belum pun 5 minit Cikgu Bio yang merupakan guru pelatih itu menurunkan ilmunya.. Teman di sebelah sudah mula memejamkan mata.. Ngantuk sangat nampaknya. Inilah Bahana ikut latihan kawad kaki setiap petang untuk pertandingan peringkat negeri . Kurang Rehat. Kesian. Aku cuba cover line, cuba jadi penghadang dengan harapan Cikgu tue tak perasan. dan...

" Kathleen , kamu jaga anak ya  malam tadi sampai tak cukup tido.." 
Aku terkejut, bila masa cikgu dan depan kami nih. Kathleen terjaga. terpinga2 memandang cikgu Bio tue..mamai lagi rupanya. 

" dia kurang rehat teacher, sebab ada latihan kawad tiap petang..mo ikut pertandingan" aku menjawab lancar.. 

Cikgu menggeleng dan berlalu.. pembelajaran di teruskan..Eh, Cikgu tak mara lah! Si teman pun menyambung tidur dan sejak hari itu, menjadi rutinnya untuk duduk di sebelahku setiap kali rasa mengantuk.. dan kemudian terus berhijrah dangan beg-beg sekali..Ianya telah menjadi titik tolak bermulanya sebuah persahabatan yang akrab. Yang juga mengajar ku tentang indahnya Persahabatan..
____________________________________________________________________________


Intro yang cukup panjang kali ini. Sememangnya dah lama berhasrat untuk buat entry tentang sahabat-sahabat tersayang yang sanggup hadir mewarnai hidup yang penuh liku2 nih. Dan suatu suratan atau kebetulan pulak terjumpa Contest tentang Sahabat yang di anjurkan oleh Cikgu Sudirman.. terbaca kat facebook member sebenarnya. 

Siapa Cikgu Sudirman? Dialah tuan punya blog yang menulis bukan kerana nama.. Nama je tak cukup? Nak tengok muka jugak? iskk.. Sila buat lawatan ke -->SINI bukan setakat 1, 2, 3 aksi dan gaya korang boleh tengok..10,20,30.. pun boleh..heheheh.. (Jan mara ya tuan Blog...peace)..Cikgu nih mudah terusik dengan entry yang feel2 gitu katanya.. aduhh.. Entry ku mode happy2 aja la cikgU.. kurang point..ahakkkkss..

Banner yang wajib di letakkan seandainya anda join Contest nih.. So dengan senang Hati aku letak jugak ya...Nak tengok maggic? Sila klik pada banner..
Sebelum tue.. nak minta maaf.. Entry agak panjang.. Nih separuh jer sebenarnya.. 
____________________________________________________________________________
sambung cerita SAHABAT2 ku sayang..

Kathleen watak utama cerita benar di atas merangkap Intro untuk Entry kali ini. Sangat Sayang dengan budak yang di lahirkan tak cukup bulan ini. Orang yang bertanggungjawab  menjadikan aku seorang yang sangat banyak cakap di dalam kelas. Walhal sejak aku di hijrahkan (paksa-rela) dari kelas 2 citajaya ke kelas 2 intelek, aku menjadi sorang yang cukup PENDIAM. Biarlah 1 kelas ketawa mendengarkan lawak tahap cipanzi.. aku masih boleh tenang tanpa perasaan. Berkeadaan yang sama selama 2 tahun lebih hinggalah berlakunya kejadian di atas. Aura becoknya semakin lama meresap , menghuni, menjelma dan beraja dalam diri. Cewaahhh... 

Dia seorang yang sangat happy go lucky, suka dan suka dan sangat suka ketawa, agak happening, hobi-nya berkadar langsung dengan hobi-ku.. Cintakan Novel..Sanggup berpanas di bawah sinaran sang suria untuk berjalan kaki ke library bersama-sama..alasan kononnya nak belajar. Hakikatnya, untuk mencari novel baru sanggup bergantian tunggu di kaunter pemulangan buku untuk check dengan harapan ada sesiapa yang pulangkan novel best.. hinggalah ke hari ini kami menjadi novels collecter.. Gabungan mantap - aku bawa buku teks math, ko bawa add math- aku bawa kimia, ko bawa bio - ko siapkan homework bi, aku copy - aku siapkan homework math, ko copy pulak.

Peristiwa berpeluh di Taman Perling, Johor menjadi antara kenangan yang indah dalam kenangan. Berlaku di zaman kuliah tatkala cuti dan ku gagahi diri melawat kath di Skudai. Berempat dengan kamceng kath~ Farah dan Roni. Naik bus dari skudai ke Taman Perling - berhenti di station yang salah dan kemudiannya berjalan kali mencari station bus - salah laluan berpatah balik - bahang mentari tak di peduli - melawan arus kenderaan dengan berjalan kaki entah berapa KM sambil bergelak-tawa sepanjang jalan - menerima pandangan pelik dari para pemandu kenderaan - senyum sumbing di beri - Ini lah kesan anak perantau di rantau orang.. sesat! - walau bagaimana pun senyum tetap menghias bibir.:)
Kata-kata untuk Kath : sangat sayang kamu! eh,kita ada pertaruhan yang masih tertangguh.. 11 tahun dah berlalu.. pemenang belum ada lagi nih..ahakssss... Pizza Oh Pizza.. 


Karen Chung berketurunan Sino-Dusun yang sangat famous dengan jolokan spice girl sfx di zaman persekolahan. Menjadi schoolmate seawal 1990 hingga 2003! Menjadi classmate pada 1998. Menjadi geng pada 1999. Menjadi bestfriend bermula 2000 until now and forever. Juga seorang yang becok tapi lincah. Suka ketawa sambil tutup mulut. Peramah. Cepat panik tapi kadang lucu pada di pandang. Juga gabungan mantap terutama dalam bab copy & paste subject kimia.

Aku di Saman 50sen atas kesalahan makan dalam kelas! Nih antara benda yang tak boleh terlupakan. Masa rehat tiba - teringat keropok k-Ok yang ku bawa dari rumah - Aku duduk di tempatku then menikmati keropok sepuloh sen itu -Tiba2.. Sang Pengawas datang dan arahkan keluar dari kelas - Peraturan sekolah masa itu tak boleh makan dalam kelas - Aku tahu itu tapi saja nak tengok sejauh mana ketegasannya dengan member- cabar-mencabar kejap - Bajet lepas la - Tup2.. sebelum balik, aku terjumpa 1 surat saman dalam laci meja ku, hadiah dari si bestpren nih.. cayalahhhhh...
Kata-kata untuk Kay : luv u dear! be a good wife arrr... 



Sherley Lok. SM Ken Hwa menjadi saksi persahabatan kami. Di kelas yang tak ubah macam stor kami mula bertukar senyuman. Kelas yang ada tingkap tak ada cermin tapi bergril hitam. Bila di ingat2.cam bilik tawanan pula.. Tapi istimewanya, ada toilet dalam kelas.. menjadi laluan wajib guru dan students sekolah. Famouslah kelas kami. Tepi pula ada kolam ikan terbiar..  Batch ke-3 untuk class Form 6 di SMKH. Macam mana boleh menjadi sangat rapat? Sebabnya aku kan interior designer kat kelas. Setiap bulan kedudukan meja kerusi akan berubah! kejap bentuk U.. kejap bentuk V.. kejap segi empat berpusat. kejap macam bar cabury.. dan walaubagaimana pun susunan kerusi meja, Sher akan tetap di sebelah aku! Sher tak lah sebecok aku. tapi dia murah senyuman. manja sikit. suka ketawa. suka kenakan orang. Suka aktiviti yang advanture..


Di tanya tentang kenangan yang tak dapat di lupakan tentang persahabatan kami? Jawapan aku, Semua kenangan zaman Form 6 di SMKH. Dapat kosong markah? Tidur dalam kelas? Eksperimen gagal? Meniru dalam exam? camping di banjaran crooker? BBQ di Bunsit? Farewell di kk? semua jadi kenangan terindah. Kalau boleh nak Repeat balik semuanya tentang Form6.. Alam persekolahan paling indah kalah zaman kuliah.. 


"Colin, Jom pi Toilet.." 
itu kata-kata Sher yang tak dapat ku lupakan. Sambil kami berdua berdiri di hadapan pintu kelas ketawa geli hati. Yalah.. selama nih kalau ke toilet kami selalu bertiga dengan Tzzy Yi. Tapi hari tuh, Tzzy tak ponteng kelas, rasa tak cukup korum pulak bila berdua saja.. Si colin la jadi mangsa..Ternganga budak tuh! heheheh..~~ Masihkah kau ingat...
kata-kata untuk Sher : sayang kamu! be a lurvly mama ya..!




Norazuni Roslili anak jati Negeri Indra kayangan.13 June 2004 salam perkenalan ku terima dari Zuni seawal pukul 8pagi di hadapan Kolej Burhanuddin Helmi. Zuni bertanya itu ini aku hanya jawab.." Ya, Tidak, tak tahu dan senyum..". bukan sombong tapi... Pekatnya loghat Utara! Dah lah aku baru beberapa jam sampai di tanah semenanjung nih. Habuk pun aku tak paham. Dalam hati berdoa, janganlah jadi Roomate aku! macam itik dan dengan ayam pulak nanti. Dan dengan izin-Nya.. masa check-in bilik, ternyata.. She is my Roomate!. dan di situlah kami mula mencorak persahabatan kami yang bermula bagai itik dan ayam bila bersembang.. suka, duka, marah, muram, sedih, gembira,...di zaman kuliah di kongsi bersama..


Berfikiran agak matang walaupun merupakan anak manja kepada PaCik Roslili. Sangat Rajin belajar berkadar songsang pulak dengan aku. Agak teguh pendiriannya, kadang-kadang berangin jugak macam aku. Yang bestnya kalau tengah marah, loghat utara macam air paip..laju je.. hahha. 


Pernah suatu hari bila aku di landa kesedihan tentang Friendship. Untuk kesekian kalinya aku menangis sebab sahabat di zaman kuliah ini.. Konon sesi luahan perasaanlah.. Tup-tup kena bebel.. ingat lagi kata-kata Zuni.. 
" tue la wani ni senang sangat percaya kat orang.. kan dah kena.. nih bukan kali pertama.. dah beberapa kalikan....bla2..bla2..bla...." 
Nangis lagi! Peluk Zuni..  terasa kasih sayang sebuah persahabatan.. besttnya.. huk3.. Really miss U!!!..


Bunga Telur Pink-Biru, Hand Gift bertema biru yang juga dihiasi bunga kecik berwarna pink.. yang menjadi tema perkahwinan zuni antara hasil tangan aku dan member-member Blok  dalam usaha memeriahkan majlis zuni. Markas pembuatan, semestinya bilik aku yang sentiasa menjadi bilik pilihan untuk melepak. Open 24hour!.hehe ~~indahnya kenangan itu..
kata-kata untuk Zuni : You are my best Roomate!! Luv ya!.




Hartuti Dehek si cewek endrekan yang cara hidupnya lebih kurang saja dengan family ku. Anak ke-5 dari 7 adik beradik. Berasal dari WP Labuan. Totaly happy go Lucky, Mudah mesra, sumber kekuatannya datang dari family bonding!~penilaianku jak nih..heheh. Nak tahu lagu-lagu best yang terbaru? Roger jak dia..confirm tahu! lagi-lagi lagu dari seberang. Seseorang yang sangat menghargai kawan. Tak percaya? kenali dia di Blog Satu Nama Sebuah Cerita .


Aktiviti PERMIS merapatkan kami. Berjuang bersama untuk merapatkan silaturahim anak-anak sabahan di perantauan.  Kenangan tak terlupakan pabila aku melarikan diri dari practical dan pergi ke majlis kahwin kakak Tuty. Kemeriahan, Keramahan family tuty membuat aku berubah fikiran. Cuti yang sepatutnya hanya 2 hari berlanjut hingga seminggu! Berani kerana Berani! Ronda-ronda labuan bersama Tuty family yang sangat happening!! Ingin ku ulangi lagi memori ini masa Tuty kawin nanti. So, Ty... jangan kasih lambatt..ahakssssssss..
kata-kata untuk Tuty : Thanks for da friendship. Sayang kamu! 



KATA-KATA BUAT SAHABAT-SAHABAT KU
Jarak bukan penghalang, warna kulit bukan ukuran, fahaman bukan alasan..
Terima Kasih kerana hadir dan memberi warna dalam hidup ini..
.. Sayang Korang Sangat2!!

27 April 2011

Bersalin kulit | APRIL - pink hijau

Blog ku bersalin kulit untuk kesekian kalinya... kali ini warna pink-hijau menjadi pilihan. Nih dah masuk kali ke-4 dalam tempoh 4 bulan ..Hope tangan ni tak la gatal nak klik2 untuk menukar kulit blog ini lagi...semoga bertahan lama  tema kali ini..

Di antara Template yang pernah ku gunakan sebelum ini...

January... bermula dengan template Fluid Tumblr ... kombinasi warna yang di gunakan.. memikat hati ini.. cewaahhh.. 


February menjelma.. aku beralih ke template yang bertema purple..


March pun tiba... BIRU favorite color pulak beraksi..


 Penghujung April... Pink-Hijau mendapat tempat di hati.. 


May, June July...? mungkinkah Blog ini bersalin kulit lagi... Aku sendiri tak pasti.... 

15 April 2011

Hadiah dari Biru MalaM

Beberapa minggu yang lepas.. semasa berjalan2 di alam maya @blogwaking..


Terjumpa 1 entry dari blog Biru Malam Tajuk Entry yang berbunyi.. 
FREE membuatkan ramai yang berminat.. hak3..buat pengetahuan korang, blog Biru Malam nih kepunyaan Azqar dari Perak sana.. 

dan aku yang sememangnya tak reti buat header nih...buat reQuest gak la kat ruang komen  .. 

" Salam Az..di dahulukan dengan ucapan Terima Kasih.. ^_^.. 
saya pon nak jugak... boleh tak?



~ http://buuwahatee.blogspot.com
~ saiz yang sesuai di letak kat blog (  tak tahu sebenarnya..hehe)

~ tema & color..suka hati yang nak menderma la.. saya terima seadanya..
~ sebab.. saya memang tak ada header pun.. tak reti nak buat.. tak pandai.. & memang tak ada orang nak buat kan.. adeiii... ^_^

upsss... thanks ..^_^ 


Hari nih , kebetulan online selepas seminggu tak hadir di dunia maya..aku dapat hadiah dari Biru Malam @ Azqar.. Thanks a lot ya...

Simple but i like it.. Thanks..^_^

p/s : aku dah try testing letak header nih.. tapi tak boleh pulak.. Apa masalahnya erk.. mungkinkah template yang aku guna nih bermasalah..huhuhu...

09 April 2011

Ringkas je.. Smile | Senyum


Put a SMILE on your face and its make the world better..

19 March 2011

Sambil Menyelam Minum Air | iPanelonline

"Sambil menyelam minum air... "

Walaupun aku antara blogger yang berblogging sekadar suka2, blogger picisan orang kata.. tapi takda salahnya kalau mencuba sesuatu yang mungkin boleh mendatangkan hasil..kan.kan.. ^_^ 

Buat masa nih ada 2 jenis iklan jak ku tepek kat blog aku nih.. huk3.. Pada mulanya aku meletakkan iklan nuffnang di blog...(nih aku dah check ada income... 0.25 sen dah.. hak3)<-- lagi ramai orang jenguk blog, lagi banyak income kot.. then iklan heartbeat pulak... (tak pernah aku check keadaannya).. iklan ChurpChurp..aku tak reti cam mana nak letakk huhuhu.. & iklan nih memerlukan kerajinan kawan2 sahabat2.. teman2.. untuk meng-klik iklah tersebut tuk mendapat income..huhu

Hari ni pulak..terbaca entry tentang 'INCOME melalui jawab Survey '.. Maksudnya dengan menjawab Survey..boleh dapat point.. nilainya tak tetap, bergantung dengan jenis survey.. POint2 nih pulak boleh di Tebus @ tukar dengan Duit @ Money @ Wang.. hehehe.. besh kan...  nah! tunggu apa lagi.. Jom kita mencuba jaya..hek3 


Aku dah daftar.. kalau korang berminat.. korang boleh daftar gak... 

  • Nak daftar korang boleh klik ini ---> DAFTAR iPANELONLINE
  • Then isi butiran data2 sebijik macam nak buat email... tak susah..semudah abc.. 123..
  • Pass tu, mail untuk pengesahan akan dihantar kat email korang.. Buka email then akifkan..
  • Dah aktifkan.. boleh lah login.. eh, korang gi check kat 'Mata Saya' cofirm dah ada 50 mata percuma coz korang dah daftar!.. pssttt.. 5o mata = 50 sen tau! ^_^

Persoalannya.. MACAM MANA NAK TAMBAH POINT??
  • Sila rajin2kan diri anda untuk menjenguk akaun anda di iPanelonline .. survey akan dihantar ke akaun di halaman anda..^_^ Tips jawab soalan.. jawablah secara jujur.. insyaAllah murah rezeki .. dah jawab tue nanti semak point kat pemberian mata (contoh : 500 mata = RM 5..).. point berubah2 tau.. "lagi jujur.. lagi banyak point.." hek3.. 

MACAM MANA pulak nak tukar mata kepada Duit??
  • Paling penting.. buat akaun Paypal dulu.. yang takda, sila berbuat demikian kat sini -> Paypal    .. mudah jak buat nya jan risau Wokey..^_^ 
  • Lepas tuh.. masuk kat Akaun iPanelonline korang, gi kat 'Halaman Saya' Klik kat 'Menebus Markah'..Then pilih la nilai duit yang korang  nak.. minimum 500 markah tuk RM5..Nak Ratus2 pon bole .. tunggu Mata korang jadik ribu2 dulu ya..heheh..
  • Then.. sila follow arahan selanjutnya...
Sharing is Caring.. Caring is Loving.. Loving is Friendship..

upss.. info di peroleh dari blog -->mrs.sabri <--

p/s : bunyi cam best kan.. Apa lagik... jom la sama2 kita menjawab survey yang di beri..  ^_^

TERuja | Thanks Kak Pah..

Masih dalam mood TERKEJUT ~ TERUJA ~ TERPEGUN ~ TERKESIMA...erk banyaknya TER~~  Apa yang menyebabkan ini TERJADI??

Di malam hari yang dingin..di temani aluan suara2 katak yang agak merdu..biasalah hujan lebat petang tadi.. sambil2 membaca entry best yang menarik minat, memikat hati.. membuka minda.. menajam fikiran..dan  tak membutakan hati.. sempat singgah di beberapa blog..juga telah meninggalkan beberapa kesan disana-sini..

Penat mengembara malam nih.. menjengah sebentar blog yang mempunyai daya tarikan tersendiri.. Blog yang terasa nilai kasih sayangnya... ada nilai keikhlasan.. biar pon kenal tak sampai sebulan.. terasa cam dah lama kenal..tue la kesan Kasih Sayang dari blog Kak Pah K-Poh.. cewaaahh ayat.. hek3


Menjengah ke blog kak Pah..Eh, takda entry baru.. Masih Entry pagi tadi..

Ku tinggalkan pesan di Shoutbox.. :  "Kak.pah sapa pulak kak pah nak promote pass nih..??"

Dan tanpa ku duga...pertanyaan nih telah menjadi --> 'Tiket bertuah' <-- khas dari kak pah .. huk3.. terharu di buatnya.. Kak Pah dah buat entry tuk menjawab persoalan ku...tak percaya klik la tiket bertuah tuh... korang jangan jeles.. hehehe... Tajuk pon dah gempak..suka..suka.. suka...^_^

p/s : Thanks a lot kak.. sayang kak Pah.. ^_^ 

17 March 2011

Welcome Pacik Mat..

Entry khas.. 

Nak ucap SELAMAT DATANG ke Dunia Blogging kepada Mamat Hn.. Akhirnya pacik mat dah berjinak2 dengan dunia blog.. hope tak berhenti sekerat jalan.. biar pon just tuk suka2.. sama gak macam member2 laen.. Muzri.. Eila.. Tuty.. kami nih pon suka2 jak ... Sempat bersawang jugak sebelum update ngan entry baru..  Setakat nih.. blog Tuty la paling banyak Sawang.. hak3.. (jan mara ty.. capat pi updateeeeee...;p)


Hope.. semua member2 dalam group Sembang2 peluru.. terjun dalam dunia blog pulak.. hehhehe.. mesti best kan.. ^_^ semua rajin bercerita..mesti lagi meriah.. heheh..

p/s : Upsss... bah semua rajin2 update arr..Aku pun masih baru.. Sebarang kemyuskilan rajin2 bertanya..kalau xdapat jawapan nanti kita guna talian hayat laen pulok.. heheh

14 March 2011

Saya budak baru belajar..

Hari nih mengajar sorang anak jiran , iLa ..subject Math.. 
Topic yang best Teorem Pithagoras...
si iLa sibuk buat latihan..
aku pulak sibuk belajar buat watermark..hahahha..
nih hasilnya... comei ndak??



buuwa hatee si mangga wanie... muhaha.. idea dari mangga wani.. kihkih


Watermark Buuwa Hate... Wokey ka??? 

Oh ya.. aku wat guna adobe photoshop jak.. korang mau belajar buat jugak eh? korang gi kat blog Nuriz ya.. aku pun belajar dari tutorial yang Nuriz ajar.. Thanks Nuriz.. ^_^

p/s : pic tuh search kat google jak.. ndak pandai buat sendiri la...

11 March 2011

Soalan yang TERSANGAT menguji minda..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera pembuka kata... ( cewahh.. sopan santun hari nih..hek3) Pertama2 nak ucap thanks a lot kat Mommy Lavender & Novelgurl  coz sudi tag buuwa hatee .. Meh buuwa nak menjawab soalan2 cepu emas yang menguji minda nih..hehhe


1. Adakah anda rasa anda hot??
~ tak.. Mendung jak kat kampung aku nih.. kalau pi maen badminton pun lum tentu kuar peluh ..hek3

2. Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang


3. Cerita pasal gambar
~ wallpaper kat pc aku..sapa dorang nih?? nih la hero & heroin drama korea You're beautiful..Napa jadi wallpaper aku?? sebab suka sangat ngan lagu2 dorg kat drama nih.. terutama lagu 'What should i do.. ' ..^_^


4. Bila kali terakhir makan ayam?
~ Ayam masak sos..makan free..yang pasti bukan korang yang masak.. bukan jugak aku yang masak.. Mum pon bukan..oder kat kedai? juga bukan....turun dari langit ka?? haha..yang pasti hari di hari ahad minggu lepas.. jeng3..

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
~Baru jak dengar lagu selamat Hari Lahir..dari saujana. aku cari kat youtube sebab nak wish birthday pakcik Mat kat fb.. jap lg nak post kat wall dia..^_^

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
~kan aku tengah cari lagu kat youtube.. dah kata td kannn..iskkkkkkkkk..;p

7. Selain name sendiri, anda dipanggil ape?
kat sek.rendah.. kena panggil Tebuan..c denise nih slalu pnggil nama nih.. huk3..
kat sek. men.. kena panggil Chocolate.. nih musuh2 aku kat form 5 c ikan Yu, c tomatoman, & c unta yang panggil ..huk3.. yang ndak best nya.. maC kekal sampai skang!


8. Tag 8 orang

~ isskk.. apasal banyak sangat nak di tag.. 1-2 dah la.. aku nih bukan ramai kawan lagik kat dunia blog nih..huk3.. tag member2 di fb bole ndak???...heheh

9. Siapakah no 1 anda?
~ muzri : schoolmate aku tym muda2 dulu kat srk .st francis xavier keningau sabah malaysia.. asia tenggara..

10. Katakan sesuatu tentang no 5
~ 
gimi : i loike crita2 gimi.. teguran tak direct. beralas orang kata.. ^_^

11. Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
~ zimie : aikss..zme nih rakan se-kbh..rakan se-U..rakan se-kuliah yang jugak berhubungan dengan rakan se-kuliah kami..mr.F.... hahahha

12. Bagaimana pula no 4?
~ maya : twins gurl batch kitorang!.. twins ngan c mimi.. dua2 penah menjadi kamceng aku tym school dulu2.. ^_^

13. Pesanan buat no 6?
~ silah : nak kartun comei cam yg silah dapat tuh jugakkkkkk..;p hak3.. rajin2 makan tembikai susu.. tembikai merah biar bagi kat aku je..hahaha

14. Kata-kata cinta buat no 2?
~ eila : erkk... dia lagi terre ngan ayat2 cinta nih.. '..bercinta after kawin is better than becinta before kawin..' .. apa kata anda.. ? ;p

15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
~  
nengsi & princessqish : dua2 nya pompuan.. dan dua2nya baya adek2 aku je.. heheh

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no 1
~ kipas susah mati chelsea!. KTBFFH..!!
~ maintain kurus dari dulu sampe skang.. diet kot.. hak3
~ suka jersi no.7.. tah sebab apa.. aku lum tanya lagik..
~ dia tengah makan sekarang nih..hak3
~ pass makan dia tidurr... wakakkak
~ bangun tidur dia makan lagikk... tp tetap kurus jugak.. hhahha.. 
~ erkkk...telebey suda...;p

17. Persamaan antara kambing dan lembu?
~ dua2 penah jadi nama glamor member2 aku kat form 3 & form 5 dulu.. hak3

18. Perasaan ketika jawab tag ni?
~ aku nak soalan yang lebih mencabar buleh ??????

19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
~ erm.. nak kata adek bradek aku.. bukan sebab kitorang semua pompuan..

~ nak kata.. bro in law... pon bukan... my bro in Law -brader Yush..^_^
~ nak kata .. bf kakak or adek aku... tak jugakk...
~ nak kata bf aku lagik bukan...(adakah?? hak3..)
~ nak kata nama anak aku.. erkkk.. aku mana ada anak.. xkawin lg pon.. muhahah..
~kesimpulan aku tak kenal orang nih la.. sapa dia erkkk???

Aik.. abis dah?? ingat banyak lagik tadi.. hehe.. wokey aku nak pi masak.. yang di tag.. rajin2 orang wat entry nih k.. aku nak tau jugak jawapan korang.. hak3 

26 February 2011

Jalan2 di Alam Belog


Sehari dua nih aku berlegar2 di blog atmosphere tuk cuba memahami apa sebenarnya yang di maksudkan dengan blogwalking.. Apa kepentingannya dan untuk apa sebenarnya.. Bagi aku yang masih baru dalam dunia blog nih, aku sangat2 tak paham napa perlunya blogwalking..Selama nih aku memang lah suka melawat, membaca entry2 blogger.. tapi saja2 tuk membaca jak la.. tak tau pulak rupa2nya ini akan bagi effect kat blogger2 kat traffic view dorang.. ^_^  

Tym melawat blog2 pulak satu benda lagik pertanyaan muncul di minda.. napa ada bermacam2 Contest nih..contest blogwalking, contest cute blog, contest picture paling poyo, contest muka sedih..dan macam2 jenis contest lagik.. apa kepentingannya?? dan akhirnya aku dapat jawapan.. nih salah satu cara tuk para blogger menyebarkan blog dorg dan mendapatkan traffic view yang tinggi...disamping menambah pendapatan dari nuffnang.. secara tak langsung kawan pun bertambah..betulkan? satu ilmu lagik ku peroleh..heheh.. 



Then aku terbaca pulak entry tentang Penipuan oleh blogger2.. Eh, ada kes tipu jugak ka kat blog2 nih..?? cam mana erk? penipuan yang libatkan One way Traffic View jer.. kiranya yang wat blogwalking dengan cara hadir di Chat box je.. tapi bila tengok kat traffic view, xda dalam list pulak.. Auto blogwalking namanya..hahh..Ke-tidak-adilan berlaku di situ!.. dorang ni di kira penipulah.. tuh yang aku paham la dr pembacaan ku..heheh..Kalau nak tau cam mana tuh , korang pi la baca kat blog2 yang wat entry tentang benda tuh.. SINI ..eH, topik nih bagi kesan kat aku jugak tau. kesan nya ialah.. aku dah tukar chat box aku dari cbox ke shoutmix seperti yang disarankan oleh blogger2 otai.. hek3

Satu yang aku kagum.. ada bermacam2 jenis blog yang aku jumpa.. ada blog yang sarat ngan ilmu, ada blog yang penuh dengan lawak.. ada blog yang sangat serius, ada yang sangat tak serius.. ada yang asyik cerita tentang bf-gf, ada yang penuh ngan iklan sampai aku tak pasti yang mana satu entry..dan ada macam2 lagik..eh.. kalah yang kat astro..dengan membaca blog korang2 semua.. wat aku berfikir .. blog aku nih masuk kelompok mana erk? blog tah pa2 entah kot!..takpa la.. janji aku suka ati..hek3


p/s : kalo bab blogwalking, xda hal punya ..korang letak jak url kat shoutbox aku.. konpem aku pi wat lawatan..xmintak balas punya.. aku berblog pun saja suka-suki.. 

23 February 2011

GiveAway Pertama Blog Abgteror : Jom Blogwalking Contest

ads

Syarat Penyertaan: 
Mestilah warga Asia Tenggara, tidak menggunakan auto blogwalking, tidak hisap dadah, tak buat maksiat, tak minum arak, solat jangan lupa yea, tidak pernah menderhakai kedua ibubapa, tak pernah buang bayi, tak pernah lumba haram, tak terlibat dengan masalah sosial, tak ponteng skolah dan tak pernah pecah rumah. Kalau nak folow, folow la....lau tak pun still sah penyertaan.

Cara-cara Penyertaan:
1. Ambil banner dan pamerkan ke blog anda selama kontest ini berlangsung.
2. Abgteror tak wajibkan sesiapapun untuk membuat entry atau tag rakan. (kalau nak alhamdulillah, syukur, tuhan jea yang dapat balas jasa baik anda) Abgteror benarkan untuk copy paste post ini.
3. Cara blogwalking mestilah melalui klik banner yang diberikan. (untuk mendapatkan referal blog, bukan dari shoutmix)
4. Abgteror mungkin akan kurangkan bw untuk tidak berlaku ketidakadilan. (bukan sombong)
5. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah link terbanyak dalam stat refferal.

6. Sila sahkan penyertaan anda di ruangan komen.
TARIKH MULA: 23 Februari 2011
TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011
 berminat nak tau lebih lajut.. klik nih ^_^

p/s : 1st tym lah aku blajar ikut benda nih.. hehehe

07 July 2010

Kesekian Kalinya..

   
Assalamualaikum...
Setelah sekian lama asyik menjadi pembaca blog... Akhirnya cuba untuk tulis blog sendiri.. bukan untuk lawan blog sapa2.. tapi terasa ingin memiliki blog sendiri..macam best jak kan..! ^_^

Sebenarnya aku bukanlah seorang rajin untuk menaip.. Buktinya, Sebelum ini pernah cuba untuk menulis blog tapi di sebabkan tahap kemalasan dalam bab meng'update'.. akhirnya blog ku berkubur tanpa batu nisan...


2010... Aku mencuba lagi untuk buat blog.. harap kali ini lebih serius dari yang sebelumnya.. :) Semoga berjaya..Chaiyok2!! 


Salam Ukhwah ikhlas dari : Buuwa@Wanie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...