Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

Showing posts with label cerita zaman kuliah. Show all posts
Showing posts with label cerita zaman kuliah. Show all posts

19 August 2015

Throw Back : Bff Trip Cuti-cuti Malaysia 2013

 Throw Back!.. Ya menjengah ke masa yang telah berlalu.. Cuti Hari Malaysia 2013. Menghabiskan cuti2 bersama sebelum Tuty melangkah ke Alam Perkahwinan. Zela pun dah menyusul.. dah jadi mak orang dah pun... Dah lama sangat pic nih rupanya.. hehe

Ya nih la Quality Time buat kami!.. Perjalanan berempat tapi dalam pic semua bertiga saja.. sebabnya yang sorang suka rela jadi Photographer kitorang!.. lalalala.. Thanks a lot to Zaib sebab sudi layan kerenah kami bertiga..^_^

Sebok Cari  Tarikh Lahir!


Berada di Puncak War Memorial Kundasang.. berlatar belakang Gunung Kinabalu


Tabik!
Gaya memasing.. :P
Meh gi tengok Lembu.. Lembu dah masuk kandang.. so, 123..Snap!!
Santai di hadapan Muzium Negeri
Beraksi di luar Muzium pon bulih..
Cool.. Mesilau, Kundasang


Pondok Usang.. Indah pemandangan di Sini! Serius Beb!..

Johor - Labuan - Sabah
Ya kami bertiga dari tempat yang berbeza.. mencipta ikatan persahabatan di alam kuliah. Kami bukan coursemate tapi kami kamsis-mate!.. Burhanudin Helmi menemukan kami! Nak bercerita tentang alam U.. terlalu banyak kisahnya..terlalu banyak untuk di refresh so kita skip la dulu. 

Ada masa nanti baru kita berceloteh panjang.. Bubyee...
pstttt... weh korg berdua.. Windu korang!..
Selamat menjadi isteri Soleha.. penyejuk jiwa.. penawar di hatii ya.. ;)

20 April 2012

Iya Aku Rindu..

Rindu..
Ya.. malam ini..rasa itu menjengah..
Hadir menyusup diruang-ruang hati...

Iya aku Rindu!
Rindu akan kehadiran mereka di sisi..
Mungkinkah kenangan semalam boleh di ulang semula..
Agar kita lebih menghargai masa kebersamaan kita sebelum kita terpisah ..
Agar kita bisa mencipta lebih banyak kenangan indah bersama..
Supaya kita akan sentiasa tersenyum bila mana kenangan antara kita singgah di minda walau hanya seketika..






Indahnya persahabatan yang sulami keikhlasan..


17 September 2011

satu nama penuh makna


SAHABAT..
satu nama penuh makna 
ia hadir tika tawa, ia datang tika duka..
tiada pada Cinta, tiada pada Lafaz..
hanya kejujuran menyulam hati
hanya keikhlasan menyiram jiwa..
andai itu di namakan Sahabat, bajai ia.. 
moga Ukhwah berkekalan selamanya...



28 April 2011

Aku Sayang KAMU Sangat2 | Contest Sahabat

11 tahun lalu...bertempat di SM. Saint Francis Xavier.. Kelas 4 Intelek..

"Boleh sia duduk sini? ngantuk betul..." tiba-tiba suara itu menyapa. 
Aku mendonggak. Senyum."duduk la.." berserta anggukan di kepala tanda mengizinkan.

Sejak awal tahun sememangnya aku menguasai tiga meja termasuk meja ku yang tersusun rapat sebaris dengan dua lagi meja kosong tak berempunya.

Cikgu masuk kelas dan matapelajaran Bio pun bermula. Belum pun 5 minit Cikgu Bio yang merupakan guru pelatih itu menurunkan ilmunya.. Teman di sebelah sudah mula memejamkan mata.. Ngantuk sangat nampaknya. Inilah Bahana ikut latihan kawad kaki setiap petang untuk pertandingan peringkat negeri . Kurang Rehat. Kesian. Aku cuba cover line, cuba jadi penghadang dengan harapan Cikgu tue tak perasan. dan...

" Kathleen , kamu jaga anak ya  malam tadi sampai tak cukup tido.." 
Aku terkejut, bila masa cikgu dan depan kami nih. Kathleen terjaga. terpinga2 memandang cikgu Bio tue..mamai lagi rupanya. 

" dia kurang rehat teacher, sebab ada latihan kawad tiap petang..mo ikut pertandingan" aku menjawab lancar.. 

Cikgu menggeleng dan berlalu.. pembelajaran di teruskan..Eh, Cikgu tak mara lah! Si teman pun menyambung tidur dan sejak hari itu, menjadi rutinnya untuk duduk di sebelahku setiap kali rasa mengantuk.. dan kemudian terus berhijrah dangan beg-beg sekali..Ianya telah menjadi titik tolak bermulanya sebuah persahabatan yang akrab. Yang juga mengajar ku tentang indahnya Persahabatan..
____________________________________________________________________________


Intro yang cukup panjang kali ini. Sememangnya dah lama berhasrat untuk buat entry tentang sahabat-sahabat tersayang yang sanggup hadir mewarnai hidup yang penuh liku2 nih. Dan suatu suratan atau kebetulan pulak terjumpa Contest tentang Sahabat yang di anjurkan oleh Cikgu Sudirman.. terbaca kat facebook member sebenarnya. 

Siapa Cikgu Sudirman? Dialah tuan punya blog yang menulis bukan kerana nama.. Nama je tak cukup? Nak tengok muka jugak? iskk.. Sila buat lawatan ke -->SINI bukan setakat 1, 2, 3 aksi dan gaya korang boleh tengok..10,20,30.. pun boleh..heheheh.. (Jan mara ya tuan Blog...peace)..Cikgu nih mudah terusik dengan entry yang feel2 gitu katanya.. aduhh.. Entry ku mode happy2 aja la cikgU.. kurang point..ahakkkkss..

Banner yang wajib di letakkan seandainya anda join Contest nih.. So dengan senang Hati aku letak jugak ya...Nak tengok maggic? Sila klik pada banner..
Sebelum tue.. nak minta maaf.. Entry agak panjang.. Nih separuh jer sebenarnya.. 
____________________________________________________________________________
sambung cerita SAHABAT2 ku sayang..

Kathleen watak utama cerita benar di atas merangkap Intro untuk Entry kali ini. Sangat Sayang dengan budak yang di lahirkan tak cukup bulan ini. Orang yang bertanggungjawab  menjadikan aku seorang yang sangat banyak cakap di dalam kelas. Walhal sejak aku di hijrahkan (paksa-rela) dari kelas 2 citajaya ke kelas 2 intelek, aku menjadi sorang yang cukup PENDIAM. Biarlah 1 kelas ketawa mendengarkan lawak tahap cipanzi.. aku masih boleh tenang tanpa perasaan. Berkeadaan yang sama selama 2 tahun lebih hinggalah berlakunya kejadian di atas. Aura becoknya semakin lama meresap , menghuni, menjelma dan beraja dalam diri. Cewaahhh... 

Dia seorang yang sangat happy go lucky, suka dan suka dan sangat suka ketawa, agak happening, hobi-nya berkadar langsung dengan hobi-ku.. Cintakan Novel..Sanggup berpanas di bawah sinaran sang suria untuk berjalan kaki ke library bersama-sama..alasan kononnya nak belajar. Hakikatnya, untuk mencari novel baru sanggup bergantian tunggu di kaunter pemulangan buku untuk check dengan harapan ada sesiapa yang pulangkan novel best.. hinggalah ke hari ini kami menjadi novels collecter.. Gabungan mantap - aku bawa buku teks math, ko bawa add math- aku bawa kimia, ko bawa bio - ko siapkan homework bi, aku copy - aku siapkan homework math, ko copy pulak.

Peristiwa berpeluh di Taman Perling, Johor menjadi antara kenangan yang indah dalam kenangan. Berlaku di zaman kuliah tatkala cuti dan ku gagahi diri melawat kath di Skudai. Berempat dengan kamceng kath~ Farah dan Roni. Naik bus dari skudai ke Taman Perling - berhenti di station yang salah dan kemudiannya berjalan kali mencari station bus - salah laluan berpatah balik - bahang mentari tak di peduli - melawan arus kenderaan dengan berjalan kaki entah berapa KM sambil bergelak-tawa sepanjang jalan - menerima pandangan pelik dari para pemandu kenderaan - senyum sumbing di beri - Ini lah kesan anak perantau di rantau orang.. sesat! - walau bagaimana pun senyum tetap menghias bibir.:)
Kata-kata untuk Kath : sangat sayang kamu! eh,kita ada pertaruhan yang masih tertangguh.. 11 tahun dah berlalu.. pemenang belum ada lagi nih..ahakssss... Pizza Oh Pizza.. 


Karen Chung berketurunan Sino-Dusun yang sangat famous dengan jolokan spice girl sfx di zaman persekolahan. Menjadi schoolmate seawal 1990 hingga 2003! Menjadi classmate pada 1998. Menjadi geng pada 1999. Menjadi bestfriend bermula 2000 until now and forever. Juga seorang yang becok tapi lincah. Suka ketawa sambil tutup mulut. Peramah. Cepat panik tapi kadang lucu pada di pandang. Juga gabungan mantap terutama dalam bab copy & paste subject kimia.

Aku di Saman 50sen atas kesalahan makan dalam kelas! Nih antara benda yang tak boleh terlupakan. Masa rehat tiba - teringat keropok k-Ok yang ku bawa dari rumah - Aku duduk di tempatku then menikmati keropok sepuloh sen itu -Tiba2.. Sang Pengawas datang dan arahkan keluar dari kelas - Peraturan sekolah masa itu tak boleh makan dalam kelas - Aku tahu itu tapi saja nak tengok sejauh mana ketegasannya dengan member- cabar-mencabar kejap - Bajet lepas la - Tup2.. sebelum balik, aku terjumpa 1 surat saman dalam laci meja ku, hadiah dari si bestpren nih.. cayalahhhhh...
Kata-kata untuk Kay : luv u dear! be a good wife arrr... 



Sherley Lok. SM Ken Hwa menjadi saksi persahabatan kami. Di kelas yang tak ubah macam stor kami mula bertukar senyuman. Kelas yang ada tingkap tak ada cermin tapi bergril hitam. Bila di ingat2.cam bilik tawanan pula.. Tapi istimewanya, ada toilet dalam kelas.. menjadi laluan wajib guru dan students sekolah. Famouslah kelas kami. Tepi pula ada kolam ikan terbiar..  Batch ke-3 untuk class Form 6 di SMKH. Macam mana boleh menjadi sangat rapat? Sebabnya aku kan interior designer kat kelas. Setiap bulan kedudukan meja kerusi akan berubah! kejap bentuk U.. kejap bentuk V.. kejap segi empat berpusat. kejap macam bar cabury.. dan walaubagaimana pun susunan kerusi meja, Sher akan tetap di sebelah aku! Sher tak lah sebecok aku. tapi dia murah senyuman. manja sikit. suka ketawa. suka kenakan orang. Suka aktiviti yang advanture..


Di tanya tentang kenangan yang tak dapat di lupakan tentang persahabatan kami? Jawapan aku, Semua kenangan zaman Form 6 di SMKH. Dapat kosong markah? Tidur dalam kelas? Eksperimen gagal? Meniru dalam exam? camping di banjaran crooker? BBQ di Bunsit? Farewell di kk? semua jadi kenangan terindah. Kalau boleh nak Repeat balik semuanya tentang Form6.. Alam persekolahan paling indah kalah zaman kuliah.. 


"Colin, Jom pi Toilet.." 
itu kata-kata Sher yang tak dapat ku lupakan. Sambil kami berdua berdiri di hadapan pintu kelas ketawa geli hati. Yalah.. selama nih kalau ke toilet kami selalu bertiga dengan Tzzy Yi. Tapi hari tuh, Tzzy tak ponteng kelas, rasa tak cukup korum pulak bila berdua saja.. Si colin la jadi mangsa..Ternganga budak tuh! heheheh..~~ Masihkah kau ingat...
kata-kata untuk Sher : sayang kamu! be a lurvly mama ya..!




Norazuni Roslili anak jati Negeri Indra kayangan.13 June 2004 salam perkenalan ku terima dari Zuni seawal pukul 8pagi di hadapan Kolej Burhanuddin Helmi. Zuni bertanya itu ini aku hanya jawab.." Ya, Tidak, tak tahu dan senyum..". bukan sombong tapi... Pekatnya loghat Utara! Dah lah aku baru beberapa jam sampai di tanah semenanjung nih. Habuk pun aku tak paham. Dalam hati berdoa, janganlah jadi Roomate aku! macam itik dan dengan ayam pulak nanti. Dan dengan izin-Nya.. masa check-in bilik, ternyata.. She is my Roomate!. dan di situlah kami mula mencorak persahabatan kami yang bermula bagai itik dan ayam bila bersembang.. suka, duka, marah, muram, sedih, gembira,...di zaman kuliah di kongsi bersama..


Berfikiran agak matang walaupun merupakan anak manja kepada PaCik Roslili. Sangat Rajin belajar berkadar songsang pulak dengan aku. Agak teguh pendiriannya, kadang-kadang berangin jugak macam aku. Yang bestnya kalau tengah marah, loghat utara macam air paip..laju je.. hahha. 


Pernah suatu hari bila aku di landa kesedihan tentang Friendship. Untuk kesekian kalinya aku menangis sebab sahabat di zaman kuliah ini.. Konon sesi luahan perasaanlah.. Tup-tup kena bebel.. ingat lagi kata-kata Zuni.. 
" tue la wani ni senang sangat percaya kat orang.. kan dah kena.. nih bukan kali pertama.. dah beberapa kalikan....bla2..bla2..bla...." 
Nangis lagi! Peluk Zuni..  terasa kasih sayang sebuah persahabatan.. besttnya.. huk3.. Really miss U!!!..


Bunga Telur Pink-Biru, Hand Gift bertema biru yang juga dihiasi bunga kecik berwarna pink.. yang menjadi tema perkahwinan zuni antara hasil tangan aku dan member-member Blok  dalam usaha memeriahkan majlis zuni. Markas pembuatan, semestinya bilik aku yang sentiasa menjadi bilik pilihan untuk melepak. Open 24hour!.hehe ~~indahnya kenangan itu..
kata-kata untuk Zuni : You are my best Roomate!! Luv ya!.




Hartuti Dehek si cewek endrekan yang cara hidupnya lebih kurang saja dengan family ku. Anak ke-5 dari 7 adik beradik. Berasal dari WP Labuan. Totaly happy go Lucky, Mudah mesra, sumber kekuatannya datang dari family bonding!~penilaianku jak nih..heheh. Nak tahu lagu-lagu best yang terbaru? Roger jak dia..confirm tahu! lagi-lagi lagu dari seberang. Seseorang yang sangat menghargai kawan. Tak percaya? kenali dia di Blog Satu Nama Sebuah Cerita .


Aktiviti PERMIS merapatkan kami. Berjuang bersama untuk merapatkan silaturahim anak-anak sabahan di perantauan.  Kenangan tak terlupakan pabila aku melarikan diri dari practical dan pergi ke majlis kahwin kakak Tuty. Kemeriahan, Keramahan family tuty membuat aku berubah fikiran. Cuti yang sepatutnya hanya 2 hari berlanjut hingga seminggu! Berani kerana Berani! Ronda-ronda labuan bersama Tuty family yang sangat happening!! Ingin ku ulangi lagi memori ini masa Tuty kawin nanti. So, Ty... jangan kasih lambatt..ahakssssssss..
kata-kata untuk Tuty : Thanks for da friendship. Sayang kamu! 



KATA-KATA BUAT SAHABAT-SAHABAT KU
Jarak bukan penghalang, warna kulit bukan ukuran, fahaman bukan alasan..
Terima Kasih kerana hadir dan memberi warna dalam hidup ini..
.. Sayang Korang Sangat2!!

16 February 2011

Mendung Bererti Hujan!!

Imbasan Kenangan Suatu ketika dulu..
Hujan..Oo..hujan... Teringat pulak kisah tragis aku dan rumate ku Zuni, kat bangi dulu.. 


Al-kisahnya begini.. di sabtu petang yang damai..sambil bermalas-malasan di bilik melayan pC aku yang 24hours mendendangkan lagu (stop kejap kalo tym solat..or azan..) zuni menjengah then ajak aku pergi ke pasar malam.. Aku yang tengah free nih pon say YES jer la.. Biasanya aku suka pesan je..hehehe..

Motor kapcai merah putih hak milik Padel yang sangat banyak mencurahkan bakti dengan ahli-ahli kbh10a akan beraksi lagi hari ini..Cuaca mendung tika itu,tapi mendung kan tak bererti hujan.. so misi kami teruskan.. tak lupa jugak ambil oder member2 terdekat.. coz kalo tak amik kang.. ada jugak yang buat muka sepuluh juta sen tbalik karang..huk3.. 

Dan seperti biasa..Zuni penunggang dan aku setia menjadi pembonceng..coz kalau jadi penunggang, tuh maksudnya mencari bala..nak jadi penunggang macam mana kalau start motor pun aku tak lepas..hehheh..Sesampai di pasar malam..langit mula gelap.. erkk..petanda tak baik nih..aku dan zuni bergerak pantas..kalau biasanya pasar malam nih kami tawaf dalam 2-3 kali.. hari nih sekali harung je, semua order dah settle beli..

Masa nak guna topi keledar.. rintik-rintik hujan mula turun.. setitik demi setitik.. Alaaa hujan rintik-rintik je.. sempat sampai kat hostel nih.. Start motor dan terus memecut.. baru 100 meter di hadapan.. hujan renyai .. (bukan rintik2 lagi) nak patah balik U turn jauh lagi.. so, teruskan je la.. hujan semakin lebat.. dan bertambah lebat..tak boleh jadi nih.. habis basah kalau macam ni..ada station bus di hadapan.. ramai jugak penunggang yang berhenti kat situ..zuni perlahankan motor..

"wani, kite nak berhenti tak nih..? hujan makin lebat nih.!"..zuni berteriak melawan suara hujan dan bunyi motor..
"erkk.. nak berhenti ker?... baju dah basah nih..! "..aku membalas..selepas melihat keadaan aku dan zuni..baju putih yang kami guna dah melekat kat badan..errmmm tak boleh berhenti nih..
" tak payah la noh..lenjan je la..!!"
"a'a..konpem malu kalo berhenti nih..!!"

dan kami pun... Zroooom...


teriakkan kedengaran.. mana tak nya.. budak laki pon tak redah hujan tue.. kami yang comel-loteh nih.. main terjah jer...terpaksa weh!.. huhuhu..Sampai kat hostel.. hujan dah agak reda.. motor kami parking berhampiran blok.. bergegas masuk .. plastik makanan kami letak kat ruang tamu.. Terkejut member2 blok yang kebetulan lepak kat ruang tamu.. mana tak nya.. kami ber dua basah kuyup!.. kepala yang ditutupi helmet je tak basah.. 

Sempat jugak Member2 kepoh blok bertanya napa tak singgah kat bus station.. dan dengan selamba nyer kami menjawab..kalau stop kat sana memang kami jadi model la.. dah la baju  dah basah melekat pulak kat badan.. kaler putih  pulak tuh tudung pun kaler sama..xdapat nak cover.tuh yang terjah jer...grrr~~

Dah sudah mandi2.. masa nak makan, baru perasan.. murtabak ayam yang ku beli takda.. cari punya cari... rupanya terjatuh kat tepi motor..huk3.. so, aku makan kuih je la + bedal jugak makanan zuni ceket.. huhuhu.. Malang sungguh hari tuh..huk3.. tapi bila di ingat semula.. jadi lucu la pulak..heheh

p/s  : sapa kata mendung tak bererti hujan..tengok kami dah basah kuyup!!.. ahakssssss...;p

01 February 2011

Kenangan Kita | Dari Kamu Untuk Aku

Korang ingat tak zaman sekolah dulu..main tukar-tukar hadiah yang biasanya di buat semasa akhir tahun..mesti pernah buatkan..! Siap main cabut undi lagi.. tengok dapat nama siapa..

Ingat lagi masa Form 3, selepas exchange gift.. dapat gula-gula comei2.. macam kapas.. sayang weh nak makan..! lama dalam simpan.. konon nak jadikan kenangan simpan sampai expired  gula-gula tuh.. masuk tong sampah.. nyesal  jugak tak makan.. huk3.... but still ingat siapa yang bagi.. its from Dorothy! twins gurl at my class..Tu cerita zaman beruniform..dah berbelas tahun di tinggalkan, Nak kongsi pic 'hadiah' tuh pun memang tak ada.. o_O..

Di akhir zaman kuliah aku terlibat dalam exchange gift lagi..dan yang bestnya kali ni dapat 7 hadiah dalam satu masa!..7 hadiah nih dari my kamceng2 kat hostel..Tapi terlupa pulak bila tarikh kejadian berlaku sebabnya gambar kenangan tuh dah takda di simpanan. Dah selamat di kubur bersama Hardisk comp yang rosak. (hardisk tuh masih dalam simpanan biar pun dah corup.. bukan nak jadikan barangan antik pun.. tapi masih mengharap keajaiban berlaku..kot2 la hardisk tuh masih boleh di buka.. boleh la dapat balik gambar2 tuh kan...^_^.. mungkin kah.....? ) ~ teruskan berharap... n_n

Melalut dah.. Masuk topik asal.. Oh ya.. Yang terlibat dalam exchange gift kali nih 8 orang jak..  geng kbh blok k1oA .. Syaratnya , setiap orang kena sediakan 7 hadiah ( hadiah yang sama..) maksudnya setiap orang akan bagi present tuk semua yang join.. & so setiap orang akan dapat 7 hadiah jugak pada akhirnya kan..kira puas hatilah kan..berbaloi  sediakan banyak hadiah coz nanti dapat banyak juga.. ^_^

Tapi.. cehh.. ada tapi lagi tuh.. di sebabkan dah akhir semester.. dan semua sudah pokai dan kering.. duit pun tinggal cukup-cukup makan je, ditetapkan bajet 1 hadiah harga dalam Rm2..so, untuk 7 benda yang sama bajet rm14.. tak membebankan bukan? harga bukan menjadi ukuran.keikhlasan tuh yang penting! Jeng jeng  jeng..

Apakah 7 benda yang di peroleh itu?

Pasu nih dapat dari my xroomate, zuni - pembangunan manusia

 nih pulak dari my neighbour, nyda - budak math

ketam, why ketam? coz yang bagi nih budak marine science! zati

skemanya pic.. nih la dari padel - budak geologi

kipas dari our chef zella - budak bio

kura2 coz shemot budak IR nih ada pelihara kura2 kat bilik.hhehe

nih from Ogie@didi kazen kpd shemot.. pelawat wajib blok kami..

Dah cukup kan 7 hadiah yang comei2 belaka.. Saya simpan semua nih kat 1 kotak khas untuk hadiah2 nih saja.. tak nak bagi tayang..nanti pecah,, hilang.. or missing in action pula..erkk..Korang nak tau apa hadiah yang saya bagi kat diorang ? nih la hadiah yang paling terhebat!

hadiah dari ku seikhlas hati.. napa lastik menjadi pilihan? sebagai alat pertahanan diri.. hehhee...wani - budak fiz bahan!


Dari KAMU untuk KU --- Persahabatan itu!..Thanks a lot..^_^ sayang kamu!

07 July 2010

Aku dan Mereka | Club s, d or t ?

Fb Wall statement ira miera . . 
"betul kah?"

Statement apakah ini..ermm.. Acctually  tak tahu pun apa yang "betul kah?" tuh...
hanya sekadar meneka.. otak direct mefikirkan tentang cahaya mata??? waaa.. mentang2 la ira dah kawin..cepat saja kami buat kesimpulan.! Ira baru bertukar title Cik.Ira-->Pn.Ira.. baru 26 hari kalau tak silap... tapi benda tuh tak mustahilkan...bunting pelamin la katakan.. :)

Ira yang dah kawin , tapi kami yang belum kawin pulak yang  excited..bestkan dapat member yang CARE macam kami2 nih..hehe..Upss... yang pasti Eran yang mulakan dulu.. mentang2 la ira housemate dia kan..heheh...


Aku sekadar menokok tambah.. menambah perisa..(bab nih memang suka tapi tak la sampai jadi batu api tak berasap..)  then di lengkapkan lagi dengan kemunculan komen2 dari zuni yang duk kat perlis sana..dan wahida kat damansara..bertambah2 kecoh fB ira kitorang.. serangan beberapa penjuru nih..( bangi - damansara - perlis - johor ) hebatnya fb nih kan..hehhe..dari bab bunting pelamin, masuk bab kawin .. bab anak..nasib  baik tak sempat bincang nama anak2! 


Dari perdebatan kat wall ira hari nih secara tak langsung wujud pulak club2 baru...kononnya 3 jenis club...


club s (single) --- for me, eran & wahida .. 
club d (double) ---ira + husband
club t (triple) --- zuni + husband + anak


Macam-macam hal lah diorang nih. .suka-suki jerr..kan2.. 
wahid pulak bagi petua tuk dapat anak berselang laki dan pompuan . . ilmu nih wahid dapat masa pergi kursus kahwin hari tuh( tah bile dier gi... saya pun tak tau..kawin nyer tak lagi pon.hek3 ).. Wahid send kat inbox fb.. Baca sekali imbas je pon sebabnya masih jauh perjalanan  ke alam itu.. belum ada perancangan lagi..dah kawin nanti baru buka balik petua tuh ya...
Saat2 macam nih membuatkan rasa rindu dengan member2 study dulu , member2 kbh..  bercerita kat fb macam  cerita face to face je.. masing2 lincah berbalas komen... tak nak kalah! celoteh2 tak pernah habis.. kalau berkumpul semula confirm 7 hari 7 malam pun cerita tak kan ada penghujungnya..ada saja topic yang akan di debatkan..dengan adanya tenet ni ,dapat jugak kami lepaskan rindu antara kami... ' jauh di alam nyata .. dekat di alam maya..' heheheh


p/s : upsss... andaian kitorg salah sebenarnya.. ira tak pregnant lagi la.. o_O ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...