Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

Showing posts with label sudut creative. Show all posts
Showing posts with label sudut creative. Show all posts

19 May 2013

Cerita Si Tukang Cat

Assalamualaikum..
HIJAU

Ya hijau..Warna Kegemaran Rasullullah s.a.w.. Biarpun warna ini bukannya menjadi warna kegemaranku, tetapi akhirnya hijau menjadi pilihan untuk mewarnai bilik ku kala ini. Agak pelik sebenarnya bila aku membuat keputusan memilih warna ini, kerana aku adalah bukan la penggemar warna alam ini. Tapi aku suka indahnya alam.. ^_^

Biasanya aku akan lebih obses ke warna biru dalam membuat pilihan, ya bagaimana tidak kalau baju raya boleh kata tiap tahun berwarna biru! hijau? rasanya sehingga hari ini, aku tidak memiliki baju berwarna hijau kecuali 1 baju yang dihadiahkan oleh sepupuku. 


Walaupun aku bukan pengemar warna hijau, tapi tak bermakna aku membenci warna ini , lagi pula warna hijau kan dapat memberi ketenangan .Terapi Mata. Dan melihat bilik ku kala ini, ku akui rasanya pilihan ini adalah tepat! Aku juga merasa selesa dengan warna ni. Mungkin di masa akan datang hijau juga mungkin akan tersenarai sebagai warna kesukaan ku!  (^_^)

Aktiviti mengecat bermulakan kira2 jam 5.30 petang dan selesai 4.30pagi.. Bersungguh-sungguh 'si tukang cat'..habiskan masa yang agak panjang untuk mengecat 2 bilik.. 1 master bedroom kakak housemate, dan 1 lagi bilik aku yang comel ini. Untuk bilik kakak housemate, cat semua bahagian dinding, dan untuk bilik ku, aku hanya memilih untuk mewarnakan hanya dua bahagian, 1 bahagian hijau lembut dan 1 bahagian lagi, hijau apple..yang lain aku kekalkan warna asal putih sahaja :)

 Aktiviti dimula...

 Bulat2 berwarna warni itu sebenarnya wall sticker yang aku beli dengan harga rm1.90 sahaja. Ianya aku gunakan untuk membuat corak pada dinding. Bajet Creative la konon..

Selepas tolak sana.. tolak sini, tarik sana tarik sini.. panjat sana sini.. Usaha hampir membuahkan hasil.


Telapak tangan merah + panas + berdenyut2.. mungkin kerana di kerah untuk bekerja keras dalam tempoh yang agak panjang..Pada masa ini, Jari-jemari gagal mencengkam sebarang benda. Otot2 jari terkejut barangkali. 

Melihat hasil kerja tangan ku , aku akhirnya mampu senyum manis walau kepenatan masih terasa.

NOte: Nih rumah sewa saja. Tuan rumah tak tahu pun kami mewarnakan rumah ikut keselesaan diri.. Diharap tuan rumah tak marah la yer... 

13 October 2011

Khas buat si dia

Risau..risau.. risau...
Kenapa si dia tak pulang rumah lagi nih..
Nak tepon, dia tak guna pulak henpon..
Janganlah tengah malam baru tengok pintu rumah nih..
Malas nak bangun buka pintu la...
Jangankan ketuk pintu..
Bagi salam pun tak pernah..
Main terjah harta benda kat rak kasut aje.
nak kata mabuk tak pulak..... iskk...

Petang tadi tak makan lagi kan... 
So balik cepat ya..
Nih dah bagi ready menu special punya.. ^_^


~lakaran ku yang pertama di canvas digital buat si Popo ku cayang..rasa-rasa ada bakat ka untuk main lukis-lukis nih?? heheh ;p


p/s : sila abaikan intro merapu di atas.. ~~ (>_<)

Contengan pada hati..

Jari-jemari ini gagal mencipta lakaran yang indah pada dada canvas..Hanya lontaran warna dapat ku hamparkan pada canvas digital ini...



29 September 2011

Macam senang tapi mm...

Sekarang nih dalam proses pembelajaran untuk memesrakan diri dengan camera.. Nampak macam senang tapi rupanya agak memeningkan kepala gak.. terutama bab setting untuk Manual Mode.. memang hancusss.. kadang aku tak dapat ditect perubahan hasil gambar yang aku snap dengan setting yang berbeza.. Aku nampak same jerrr... hahha.. sungguh tak peka diri ini... ~_~ 

Nak tangkap gambar then abadikan dalam blog nih je la..muhahha..
Main congkak dengan Otomen.. Boleh korang tolong Komen? ^_^

d7000, 1/60, f5.6,Iso 160, focal 90mm, lens 18-105mm

p/s : practice make prefect.. chaiyok2 wanie!!!!~

17 January 2011

FELT CRAFT : Boy with an orange cap

Excited ! ! !
Di sebabkan felt craft yang pertama menjadi, teruja pula untuk menghasilkan craft lagi ... kali ini cuba untuk menghasilkan design sendiri.. tanpa menggunakan patern yang di sediakan dalam pakej 'Starter Kit'. Entah macam mana bole terlintas di fikiran untuk menjahit patern muka budak lelaki bertopi.. mesti comelkan.. Kesan Rindu nephew kot.. heheh 


Ada sedikit problem masa buat felt craft kali ini.Kekurangan material.. stock kain felt yang ada just tinggal beberapa color...antaranya orange, yellow, purple.. 


So, pilih orange color as cap..^_^ black color yang di perlukan untuk buat rambut pulak takda.. so just andaikan budak tuh botak !..heheh Untuk mata pulak, buat sedikit kelainan.. mata kanan tampalkan sedikit color merah.. konon2nya mata lebamlah.. 100% jahitan tangan.. Terhasillah 'boy with an orange cap' sekitar jam 5 petang ..^_^


my nephew : ALong

FELT CRAFT : Bintang Hati

Felt Craft..?
Korang tahu tak benda nih?...Pertama kali aku tahu tentang felt, tu pun di sebabkan  kakak aku, Sis.Er bawa balik  peralatan dan saki baki bahan mentah untuk buat craft ni dari IPG.. 


Aku cuba tanya kat Incik Google tentang benda nih.. waaa.. sangat teruja bila tengok hasil craft dari felt dari Incik Google..









Selepas tu, aku cuba untuk hasilkan felt craft ku sendiri..
Nih hasil jaitan ku yang pertama tuk felt craft ..comei tak? d one and only! ^_^
My star felt craft BINTANG HATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...