Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

30 June 2017

Cerita Kahwin : Janji Allah itu pasti


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Akhirnya 06 Mei 2017.. menjadi tarikh pilihan untuk melangkah ke alam Rumah Tangga. Satu fasa baru dalam sebuah kehidupan. kalau dulu sering dihujani pertanyaan ..Bila nak Kahwin? Ur turn Bila lagi..?.. Bila waktunya.. ? dan tarikh ini boleh menjadi jawapan untuk persoalan-persoalan itu. Sesungguhnya Janji Allah itu pasti. Yakinlah.

Walaubagaimana pun soalan tak terhenti disitu.. persoalan berikutnya pula menyusul bila mana yang pilihan bukan orang dekat .. maksudnya bukan warga Sabahan..
.
.
"Kenal kat mana..?"..
"kawan sekolah ke?"..
"Dah lama berkawan ke?"..
.
.
dan soalan seumpamanya..
dari yang makcik-makcik.. jiran sekampung.. kengkawan office.. kengkawan sekolah.. semua tanya soalan yang sama..Copy Paste!.. Waaa.. diorang ada buku rujukan yang sama ke apa nih?? ('',)

Jawapnya saya tak bercinta buat masa ini..tapi bakal bercinta selepas Nikah. InsyaAllah. Doakan Ya! \('',)/



dan Doa yang seringkali saya ulangi ..
.
.
" Ya Allah. Andai dia Jodoh yang telah kau tentukan untukku dari LohMahfuzmu..Moga di permudahkan urusan ini.. Moga di berkati perhubungan ini..dan andainya dia bukan jodoh yang kau tentukan untukku mohon kau jauhkan dia dariku.. "






Jika biasanya orang nak kahwin pengurusannya agak panjang, saya rasa perkahwinan ini pengurusannya tak mengambil masa yang lama.. 

Sept 2016        - Lamaran
Nov 2016         - YES from me..
Jan 2017          - Rombongan meminang
Feb 2017        - Amik kursus kahwin dan start buat Kad kahwin handmade & hantar jahit baju nikah
Mac-Apr 2017 - Fokus kerja -settelkan Handover Job di tempat kerjab & Deal Photog!
Hujung Apr17 -  Misi mencari barang hantaran & Baju Sanding
May 2017        - Goodies & Cake kahwin
6 May 2017     - Nikah & Persandingan 

Settle!.. Nampak sempoi tak? sebab cousin cakap pengantin paling santai.. \('',)/

28 May 2017

Salam Ramadhan 2017

Assalamualaikum..

Agak lama rasanya meninggalkan corat-coret dunia blog, walaupun semenangnya berblog sekadar suka-suka.. untuk mengisi kekosongan waktu yang ada pada masa itu.

2017 ini rasa nak mula berceloteh kembali di alam blog itu hadir semula.. InsyaAllah.. Semoga kerajinan itu turut  hadir bersama. ^_^

Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ibadah kita untuk Ramadhan kali ini berlipat ganda dari tahun-tahun sebelumnya..Masih teringat Doa tahun lepas... "Semoga Ramadhan tahun ini merupakan Ramdhan terakhir dengan status bujang".. dan ternyata Allah memakbulkan doa tersebut.. Syukur Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah.

21 August 2015

Bangkitlah Diri Mu!..

 "Ya.. selagi kita mampu untuk menghayun langkah.. Teruskan lah .. Jatuh.. Bangun selagi terdaya..  Kerana di hadapan itu sentiasa ada harapan.."

Kata-kata yang ku pelik dari fb seorang penulis Novel.. 
Boleh di kata hampir kesemua novel karya beliau telah menjadi koleksi peribadi!.. ^_^

Hidup ini suatu perjalanan yang panjang.. ada titik mula.. dan pasti juga mempunyai titik akhir. Pelbagai liku hidup kita lalui.. Pelbagai rasa! Masam, Pahit, Manis Masam, Tawar.. dan di sebalik rasa2 yang telah di tempuhi itu.. Kita telah menjadi diri kita hari ini.!

Kerana Pilihan itu sentiasa ada.. Mahu tersenyum atau Mahu terus berduka kita yang pilih.. Hidup ini Indah jika kita terus Tersenyum kerana senyuman itu ubat segala duka..
Chaiyokkkk!!.. ^_^

Lokasi : Kebun Getah Pak Suleiman-> Ayah Zela..

19 August 2015

Throw Back : Bff Trip Cuti-cuti Malaysia 2013

 Throw Back!.. Ya menjengah ke masa yang telah berlalu.. Cuti Hari Malaysia 2013. Menghabiskan cuti2 bersama sebelum Tuty melangkah ke Alam Perkahwinan. Zela pun dah menyusul.. dah jadi mak orang dah pun... Dah lama sangat pic nih rupanya.. hehe

Ya nih la Quality Time buat kami!.. Perjalanan berempat tapi dalam pic semua bertiga saja.. sebabnya yang sorang suka rela jadi Photographer kitorang!.. lalalala.. Thanks a lot to Zaib sebab sudi layan kerenah kami bertiga..^_^

Sebok Cari  Tarikh Lahir!


Berada di Puncak War Memorial Kundasang.. berlatar belakang Gunung Kinabalu


Tabik!
Gaya memasing.. :P
Meh gi tengok Lembu.. Lembu dah masuk kandang.. so, 123..Snap!!
Santai di hadapan Muzium Negeri
Beraksi di luar Muzium pon bulih..
Cool.. Mesilau, Kundasang


Pondok Usang.. Indah pemandangan di Sini! Serius Beb!..

Johor - Labuan - Sabah
Ya kami bertiga dari tempat yang berbeza.. mencipta ikatan persahabatan di alam kuliah. Kami bukan coursemate tapi kami kamsis-mate!.. Burhanudin Helmi menemukan kami! Nak bercerita tentang alam U.. terlalu banyak kisahnya..terlalu banyak untuk di refresh so kita skip la dulu. 

Ada masa nanti baru kita berceloteh panjang.. Bubyee...
pstttt... weh korg berdua.. Windu korang!..
Selamat menjadi isteri Soleha.. penyejuk jiwa.. penawar di hatii ya.. ;)

18 August 2015

Throw Back : Hari Bahagia Si Macik!


 Ingin mengabadikan Hari Bahagia Si Macik di sini walau agak terlewat ..
Di antara kami bertiga  : aku-Icha-Bia(nama glamor dalam blog ini : si  macik).. ternyata si Macik  yang melangkah dulu ke alam rumah & tangga..
So, macik.. jaga rumah  & tangga itu.. jangan sampai roboh kalau badai melanda.. Pepandai la handel agar Rumah & Tangga tuh tetap Utuh selamanya.. Setakat Rumah di tiup angin kicik2 itu normal.. ;) 
Kerana Bahagia itu kita yang cipta!... bukan nya bergolek datang depan mata.. ^_^


si macik with kesayangan.. Coco
Icha- kedua mempelai- Aku
Kami Bff berempat sebenarnya with Asman.. Geng bertekak!- 



Kejadian berlaku pada 15 March 2015 .. Selepas beberapa bulan baru lah di Update dalam blog nih.. dah kurang sangat ber-blog ini..Terlalu banyak kenangan hidup yang nak di selitkan di sini .. Terutama Hari Bahagia Kengkawan .. Will Update Soon.. Soon yang tah bila... heheh..

Nak tahu.. si macik masa kini dah berbadan dua pun.. rezeki anak dah sampai tuk dia.. Pa pun semoga berbahagia Macik!.. Dah kurang dah Hangout ngan si macik sejak dia dah kawin nih.. biasalah.. dah ada comitmment lain la katakan... ^_^

20 April 2015

Sekadar Salam Rindu!...

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi setelah sekian lama menyepikan diri dari alam blog, RINDU!.. Ya.. rindu untuk berceloteh di alam blog.. Kadang berfikir untuk membuat post.. tapi entah apa yang hendak di bebelkan.. Bila minit berganti jam..Jam berganti hari.. Hari berganti minggu.. dan akhirnya, bertahun blog nih wujud tanpa sebarang post terbaru.. Sememangnya amat terkesan dengan pantasnya masa berlalu..

Tanpa di sedari dah 2015 kan! Cepat dan Pantas masa berlalu meninggalkan kita! Haishhh...

Sekadar Gambar Hiasan . Sumber : My novel Collection

01 October 2013

Bercelaru

Lidah tidak bertulang..
Untuk berkata-kata.. ianya ternyata amat mudah.. 
Untuk melaksanakannya amat payah..

Wahai hati.. sila bantu diri ini..
Wahai akal.. berfikirlah dengan lebih Rasional..
Semoga semua akan baik-baik saja..



12 July 2013

2 Ramadhan 1434H - Bandung Cincau

Salam Ramadhan buat semua...

2 Ramadhan Bersungkai dengan Bandung Cincau...Kurma juga jangan di lupa..




03 July 2013

Remember to put the glass down





A psychologist walked around a room while teaching stress management to an audience.

As she raised a glass of water, everyone expected they'd be asked the "half empty or half full" question.

Instead, with a smile on her face, she inquired:

"How heavy is this glass of water?"

Answers called out ranged from 8 oz. to 20 oz.

She replied,
"The absolute weight doesn't matter. It depends on how long I hold it. If I hold it for a minute, it's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my arm. If I hold it for a day, my arm will feel numb and paralyzed. In each case, the weight of the glass doesn't change, but the longer I hold it, the heavier it becomes."

She continued,
"The stresses and worries in life are like that glass of water. Think about them for a while and nothing happens. Think about them a bit longer and they begin to hurt. And if you think about them all day long, you will feel paralyzed – incapable of doing anything."

Remember to put the glass down




26 June 2013

Housemate Oh Housemate!

Rupanya bukan mudah untuk mencari housemate yang 'sekepala'..
dalam tempoh 5 bulan nih dah Dua orang housemate bertukar di bilik sebelah..

Housemate yang pertama...
Hanya bertahan dalam 4 bulan rasanya. Budak yang baru mencecah umur 20-an itu sangat tidak mesra alam (pendapat aku je la..) mungkin kerana aku ni seorang yang sangat talkactive.. Bila dapat housemate yang payah nak berkata2.. aku menjadi tension.   
Tapi aku bersyukur bila mana dia mengambil keputusan untuk pindah .. (riangnya dalam hati...) Biar pun cara dia keluar rumah agak kurang sopan.. Ya lah just sms kata nak pindah.. tuh pun angkat barang masa semua orang takda di rumah.. kan tak elok gitu.. Masuk cara baik, keluar pon cara baik la kan.. sekurang-kurangnya., angkat barang masa orang ada kat rumah.. so, takda lah orang akan fikir benda tak baik.. :) 

Housemate ke-dua...
Dah masuk minggu ke-tiga berhousemate baru lagi.. masih terlalu baru untuk menilai.. dalam tiga minggu nih, ada 2 perkara jugak yang merungsingkan aku.. 

1---> setiap kali adik osmet dah menggunakan bilik air, rambut2 yang bergugguran menutupi laluan air di biarkan sahaja .. Tak di bersihkan.. aduh.. sangat tak selesa melihatnya..

2--->selepas aktiviti masak2... dapur tak di lap/bersihkan, minyak yang terpercik di biarkan sahaja.. Ehmmm.. kebersihan dapur ....

Adakah aku sangat cerewet ? nak housemate yang pandai jaga kebersihan.. bukan nak yang rajin sangat pun.. cukup la menjaga kebersihan yang rumah. Kita suka kata.. "Rumah ku syurga ku..".."Home Sweet home.." tapi kalau dah orang kat dalam rumah tak jaga kebersihan rumh.. tang mana la datangnya SWEET HOME tuh.. huhuhu..


Aku pun bukannya sangat rajin dan sangat pembersih.. bilik aku pon kadang cam di landa garuda jugak.. tapi berpada2 la.. :) 


Kepada adik2 yang rasa nak duduk menyewa tuh.. pastikan anda pandai memainkan peranan untuk menjaga kebersihan rumah , walaupon hanya rumah sewa.. tapi ia juga harus bersih seperti rumah sendiri.. jangan sesekali kebersihan dipandang enteng! jangan buat housemate anda makan hati ngan cara anda.. Rumah sewa bukannya asrama yang perlu Jadual Bertugas untuk kebersihan.. ianya tanggungjawab semua,  kesedaran &tanggungjawab itu penting.. jangan hanya harap housemate anda sahaja.. sedangkan anda jugak tinggal di rumah yang sama... huhu..

Note : kadang-kadang kita perlu meluahkan agar ada yang memahami..





23 May 2013

Under maintenance


sebelum terluka dan parah..
rasa hati ini perlu di servis..
SORRY
~ under maintenance ~




19 May 2013

Cerita Si Tukang Cat

Assalamualaikum..
HIJAU

Ya hijau..Warna Kegemaran Rasullullah s.a.w.. Biarpun warna ini bukannya menjadi warna kegemaranku, tetapi akhirnya hijau menjadi pilihan untuk mewarnai bilik ku kala ini. Agak pelik sebenarnya bila aku membuat keputusan memilih warna ini, kerana aku adalah bukan la penggemar warna alam ini. Tapi aku suka indahnya alam.. ^_^

Biasanya aku akan lebih obses ke warna biru dalam membuat pilihan, ya bagaimana tidak kalau baju raya boleh kata tiap tahun berwarna biru! hijau? rasanya sehingga hari ini, aku tidak memiliki baju berwarna hijau kecuali 1 baju yang dihadiahkan oleh sepupuku. 


Walaupun aku bukan pengemar warna hijau, tapi tak bermakna aku membenci warna ini , lagi pula warna hijau kan dapat memberi ketenangan .Terapi Mata. Dan melihat bilik ku kala ini, ku akui rasanya pilihan ini adalah tepat! Aku juga merasa selesa dengan warna ni. Mungkin di masa akan datang hijau juga mungkin akan tersenarai sebagai warna kesukaan ku!  (^_^)

Aktiviti mengecat bermulakan kira2 jam 5.30 petang dan selesai 4.30pagi.. Bersungguh-sungguh 'si tukang cat'..habiskan masa yang agak panjang untuk mengecat 2 bilik.. 1 master bedroom kakak housemate, dan 1 lagi bilik aku yang comel ini. Untuk bilik kakak housemate, cat semua bahagian dinding, dan untuk bilik ku, aku hanya memilih untuk mewarnakan hanya dua bahagian, 1 bahagian hijau lembut dan 1 bahagian lagi, hijau apple..yang lain aku kekalkan warna asal putih sahaja :)

 Aktiviti dimula...

 Bulat2 berwarna warni itu sebenarnya wall sticker yang aku beli dengan harga rm1.90 sahaja. Ianya aku gunakan untuk membuat corak pada dinding. Bajet Creative la konon..

Selepas tolak sana.. tolak sini, tarik sana tarik sini.. panjat sana sini.. Usaha hampir membuahkan hasil.


Telapak tangan merah + panas + berdenyut2.. mungkin kerana di kerah untuk bekerja keras dalam tempoh yang agak panjang..Pada masa ini, Jari-jemari gagal mencengkam sebarang benda. Otot2 jari terkejut barangkali. 

Melihat hasil kerja tangan ku , aku akhirnya mampu senyum manis walau kepenatan masih terasa.

NOte: Nih rumah sewa saja. Tuan rumah tak tahu pun kami mewarnakan rumah ikut keselesaan diri.. Diharap tuan rumah tak marah la yer... 

18 May 2013

Dah masuk Sembilan Bulan..


Assalamualaikum...

Apa yang sembilan bulan??
Sebenarnya nih dah masuk bulan ke-9 saya duduk menyewa rumah di kawasan sepanggar, Kk. Ada member yang bertanya.. macam mana saya dapatkan rumah sewa nih? Adakah saya kenal dengan penyewa2 dalam rumah sebelum saya duk menyewa..? 


jawapan saya.. Saya tak kenal siapa2.. saya hanya mencari bilik untuk di sewa  melalui mudah.com.. dan Alhamdulillah saya dapat housemate yang baik..pandai masak.. tak berkira.. pentingkan kebersihan.. juga memahami.. Mungkin Rezeki saya kan.!.. Alhamdulillah.. 


Terasa lama tak menjenguk ke alam blog.. Ada yang merindui tak? takda pastinya.. hehe
setelah sekian lama terasa nak upload pic makanan.. walaupun pada hakikatnya bukan saya yang masak.. tapi ini lah hasil dari kak sikin.. My Housemate..



Mee Udang kak siikin..

Allhamdulillah sejak tinggal menyewa ni, berat badan dah bertambah-tambah.. 
Sebab jarang sangat skip makan malam. Rajin kan kami masak? (^_^)

Ada yang berminat nak kan resepi Mee Udang nih ke? saya nih malas nak menaip resepi ni.. rajin makan je..;)

05 March 2013

I'm Sabahan

Sabah Tanah Air Ku..
Negeri Kita yang Tercinta..

Melihat keadaan hari ini, aku berfikir panjang.. Apa yang berlaku sebenarnya? Pecerobohan ke atas Sabah yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara. Tak pernah terlintas sedikit pun di minda negeri kelahiran ku melalui fasa ini. 


Kawan2 ramai yang bertanya, Bagaimana keadaan di sana? setakat ini Kk, tenang2 saja.. Takda apa yang berlaku. Walaupun ada kabar angin mengatakan peceroboh sudah sampai ke area kk.. tapi bagi aku.. itu hanyalah kabar angin semata2.. untuk menakutkan orang ramai. Tidak perlu gentar rasanya.. kita kena yakin dengan kemampuan Pewira2 Negara yang sedang mempertahankan negara. Kerana...



Seandainya petualang negara berada di hadapan dan 

menghunus senjata mengair darah kita,

Ingatlah.. Darah Pewira Bangsa telah lama kering di medan Tempur..

21 December 2012

Detik demi Detik


Assalamualaikum..

Dalam sedar dan tidak.. kita sudah berada di bulan terakhir untuk tahun nih.. Terasa sangat cepat masa berlalu.. terlalu pantas hingga tak sedar banyaknya masa yang di bazirkan dengan sia-sia walhal kita tahu sedetik masa yang berlalu itu, tak mungkin dapat kita ulanginya semula..


Pic From Incik Google..

22 November 2012

Antara Kita dan Mereka

Sedang kita leka megejar aktiviti duniawi..
Disana mereka berusaha mempertahankan tanah mereka..

Sedang kita bergelak tawa dengan rakan-rakan dan keluarga..
Disana mereka menangis kehilangan rakan dan keluarga..

Sedang kita dikelilingi makanan yang pelbagai..
Disana mereka lupa erti lapar..

Sedang kita leka dengan alunan lagu ..
Disana mereka di hujani bedilan bom...

Betapa berbezannya antara kita dan mereka...
Masihkah kita tega untuk bermewahan ..
Masihkah kita tega untuk tidak berdoa..
 
Masihkan kita tega untuk mengeluh atas sedikit kekurangan dalam hidup..

Antara Kita dan Mereka... 

Ya, Allah.. Selamatkan mereka.. Selamatkan umatmu..
Ya Allah...Ku Mohon agar diri ini tidak lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang di berikan..


21 November 2012

Devdas

Assalamualaikum..

DEVDAS..

Semalam, secara tak di rancang terlayan cerita hindustan nih..
Sebelum nih dah pernah tengok citer ni..Tapi entah di mana silapnya..

Terlebih feeling pulak semalam..
Tengok sampai bengkak mata.. aduyaiii..
Napa Sebelum nih tengok cerita nih tak nangis pon..  huk3..
                                    (T_T)... ?


29 September 2012

Pacik Boro Kawin


Assalamualaikum,

Dah 2 bulan berlalu, aku baru la nak update gambar si Pacik Boro kawen masa kat Telipok hari tu.. Tue la kesan kalau malas nak update blog.. Semua benda yang di update.. dah basi dah... kot2 orang tue dah pregnant, aku baru nak update pic kawen dorang haiya..  Tersangat la slow.. Patut sangat la kena kata Pemalas.. ~Ada betulnya jugak kan...

Siapa si Pacik Boro tue? he is my 2nd cousin la rasanya.. sebab my father and her mother 1st cousin..

Semangat berkobar2 nak masukkan pic kawen si kazen nih..
Buka lappy, masuk drive (E) cari folder kawin "Boro& Santi"..then klik!...


Erkkk..1-2-3-4-5-6....

6 je rupanya pic yang ada kat dalam folder ni.. 
Kemana menghilang pic yang lain2????
Pikir punya pikir..baru teringat yang lain rupanya tengah duk dalam Harddisk aku yang telah terkena Demam Virus..
(Buat masa nih tak sempat gi bawa pi Ospital lagik..)

So, yang ada nih je la dapat di hidangkan yer...

Nih lah Raja&Ratu sehari masa itu dalam kostum Adat Bugis ~Baju Tokko


 Close Up sket pic si ipar... New member in our family la...

Ok ada 3 keping tue je pic pengantin dalam folder tue buat masa nih, dan 3 yang lainnya pic penyibuk yang memang sibuk sebelum dan selepas majlis berlangsung..

Ini Dua2 Kakak Dua-pupu ~ yang baru aku kenal.. Kak Kas & Kak Eiya

 Dua orang pink2 nih.. memang kaki posing depan kamera ..;)


Aik? Abis dah??? memang nih je pic yang ada la..sori ya.. Next time la aku masukkan lagi kalau si External HD sudah pulih dari Demam nya tuh.huk3..

28 September 2012

Sepi Tanpa Kata..

Assalamualaikum..Lamanya tak update blog.. Di Akhir SEPTEMBER dah rupanya..

Semalam , Sorang kakak( kak Asmah) satu tempat keja kat tempat keja lama bertanya, napa lama tak update blog nih.. Agak terkejut jugak sebenarnya dengan soalan kak As, tak sangka & tak terpikir pulak yang  ada jugak yang sudi menjenguk blog nih.. Blog yang entah apa2 tah nih..

Sebenarnya niat nak update blog tue memang ada, tapi kekandang masa nak meng-update tue.. hilang idea untuk menyusun kata2.. rasa banyak sangat nak di ceritakan sampai tak tahu mana satu nak mula cerita.. dan akhirnya.. takda satu pun entry terhasil sebab dah semua excited nak kuar dari kepala aku nih, so.. aku amik bantal.. amik selimut.. then pejam mata.. Hah!..Jadi entry dalam mimpi je la semuanyer.. hek3

Rasanya masa buat entry simple nih.. muka aku cam kat atas nih je.. heheheh..
Yer la sebabnya aku malas nak buat keja nih, kat opis takda orang,  sebabnya opismate semua buat kerja luar hari nih.. aku?? kiranya aku jadi tukang jaga opis je .. siap di beri keizinan untuk tidur lagi.. hehehe..

Baek sungguh Mood Incik Bos hari nih.. 

Mungkin kah di sebabkan dapat THUMBS UP masa audit semalam??... 
Aku Nak tidur kejap...~sebab bos bagi lesen tidur hari nih..

Ok lepas nih aku akan rajin update si Buuwa Hatee ini! ~ Janji ngan diri sendiri.. ;)


p/s : eh..ehh.. korang jan tidur masa keja tau .. Lesen tidO nih tuk aku sorang je la!.. ~_~


13 July 2012

Jadual Hujung Minggu ini

Assalamualaikum..

Hari  yang gelap kini masih gelap..
Aku bangun sebelum subuh.. dah sepatutnya.. mandi juga sebelum subuh itu yang terbaik.. tapi aku nih.. bangun sebelum subuh, buka laptop sebelum subuh.. huahuhau.. mandi pulak selepas subuh.. apa nak jadi nih? awet tua la pasnih.. 

Hari nih .. Esok.. dan Lusa memerlukan tenaga yang lebih , aku kena menghadirkan diri kat kenduri kawin kazen aku . Sebenarnya aku tak bermood nak pergi sebab terasa badan ini memerlukan rehat hujung mingggu .. Bersantai2 di rumah sambil dengar lagu..manjakan badan diatas katil.. bantal.. selimut & novel.. alangkah indahnya cuti hujung minggu yang ku impikan.. tapi terbukti ia bakal menjadi mimpi semata.. huk3

So, hari ini jadual untuk hari ini.. keja dari 9am ke 5pm  then bergegas balik rumah untuk packing2 kain baju sebab dalam jam 7pm kazen aku bakal amik aku kat rumah tuk mengerah tenaga di majlis kawin dia..Yerlah anak tunggalkan..

Sabtu pastinya ke Majlis Persandingan belah pompuan kat Papar.. jauh gak dalam 1 jam baru sampai.. sempat la aku lapar dalam perjalanan .. dan aku rasa kena bawa stock makanan ringgan la masa nih.. hari tue masa menghadirkan diri di majlis pertunangan diorang, aku tak bawak makanan.. lapar jadinya..

Ahad pula, Majlis Persandingan belah lelaki, kat rumah kazen aku tue la.. macam biasa, Majlis konpem sampai tengah malam.. Tapi aku tak bercadang untuk stay sampai majlis selesai, sebab isnin aku kan kerja..kalau dapat, aku nak balik malam tue jugak.. muhahha.. Lagi pun Adek aku hadir gak kat Majlis tue, so boleh dia ambil port dalam acara pembersihan nanti.. keh3.. kira okeh la kan ada gak wakil..  

Ups.. dah 5.30am..lain hari baru sambung membebel lagi.. bubbye!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...