Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

07 May 2011

Kedegilan yang memakan diri

Tersasarnya sebuah sangkaan..
Demam yang ku jangka menyerang akhirnya bertukar ke batuk yang menjadi pemangkin asthma menjengah.. Dan akibat kelalaian diri yang tidak mempedulikan keadaan inhaler yang pernah menjadi sahabat baik ku, ianya tak dapat ku gunakan di kala aku memerlukannya saat ini.. expired 2 bulan lepas!!!


Rupa paras benda yang di perlukan saat ini..

2 jam lepas dah cuba telan pil .. Tapi tak memberi kesan..(nampaknya dos ubat nih tak bagi effect kat asma aku hari ini) inhaler jugak yang di perlukan.. So.. jawapannya malam nih kena berjaga.. Paling tidak pun tidur dalam keadaan duduk untuk mencari keselesaan bernafas (.. Perkara yang biasanya ku lakukan.. ) Time ni dengan yakinnya mengambil keputusan nak pergi Hospital seawal pagi esok.. Bak kata pepatah melayu.. Dah terhantuk baru nak terngadah.. So, aku kena bersabar sehingga esok pagi.. insyaAllah

Sedikit info..
Asma 
  • juga di kenali sebagai lelah iaitu kesukaran untuk bernafas.
  • berlaku pabila saluran udara yang menghubungkan hidung dan paru-paru menjadi kejang dan menyempitkan saluran pernafasan.
  • Nafas menjadi pendek. Lagi teruk kalau batuk or selesema
  • penyempitan pada cabang saluran tengkorok di paru-paru menyebabkan bila benafas  menghasilkan bunyi seperti siulan... (bukan yang piwetttt.. ok ;p)
Inhaler 
  • Nih ubat jenis sedutan yang tujuan nya untuk mencegah dari asma .
  • Dapat beri kesan dengan pantas..Dr. sarankan aku guna inhaler ianya juga selamat katanya.
  • Tidak menyebabkan mengantuk ( pil~ lepas makan confirm nak tidur)
Siapa yang lalai? ~~saya..
Siapa yang cuai? ~~ saya...
Siapa yang tanggung ? ~~ saya jugak...
So, sabar je lah... Rilex, Cool, Tenang.... Chaiyok2!!

5 Orang yang Rajin:

Unknown said...

alahai . cian kat dia . sabarlah nak tunggu esok pagi ..

Dol said...

adusss kesiannya katawak, saya tahu penderitaan tu, sebab saya penghidap asthma yang chronic juga. tapi sekaang hampir ilang sebab hari2 saya main skipping, cardio exercise. :)

muz said...

Degil lg ko ye, kan dah susah.. ksian plak aku tgok pesakit asma ni smpi tpaksa tidur ddk..

Asma dgn kata lain ampus.. kan kan.. moga beransur pulih.. slmt berehat

deeya said...

haaa kan .. sape yang suh degil sangat . k sabar tu perlu .. tapi lepas nie kene ingat . sayangilah diri anda terlebih dahulu sbelum anda menyayangi yang laen .. teheee =)

Buuwa said...

Tia, r-5, muz & deeya..
Alhamdulillah .. dah sihat hari nih.. semalam dah gi sedut Oksigen kat Ospital.. 3 kali pum Ooo.. hehehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...