Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

09 May 2011

3 kali dalam sehari

Semalam.. 
Seawal jam 7 pagi aku dah terpacak di hadapan Hospital daerah kecil ini..
Langkah di atur perlahan masuk ke ruang kecemasan. Terlihat beberapa orang telah mengisi kerusi yang telah di sediakan di ruangan menunggu. Oh, rupanya bukan aku saja yang melawat hospital di pagi hari. Senyum. Langkah terus ku atur menuju ke kaunter pendaftaran. Kad pengenalan diri dan RM1 sebagai bayaran pendaftaran ku hulur kepada petugas yang berkhidmat pagi itu.

 " Sakit apa? " pertanyaan dilontarkan..
 " Asma.." lemah jawapan yang ku beri..
 "Masuk" arahan di beri.. aku sedikit terpinga-pinga..erkkk... 

Pintu sebelah kiri ku tolak.. go straight..tapi perlahan.. bukan apa, blurr sebenarnya.. banyaknya bilik.. nak masuk yang mana satu nih?? sedikit tertanya dalam hati. Nak melontarkan soalan, tapi tak seorang pun berada di sekitar tempat aku berdiri.

Pandangan ku alihkan ke kanan,terdapat ruang yang menempatkan kusyen empuk berwarna biru dan tersusun kemas .. Tulisan Merah Italic di bahagian dindingnya menarik perhatian ku.. Asthma Bay.. Senyum. Ruang yang kU cari rupanya hanya di depan mata. Bergerak ke salah satu Kusyen yang tersedia. Merehatkan diri, mengatur nafas agar lebih selesa, sambil mengunggu Doktor @ pegawai kesihatan yang bertugas...

dan..Jeng2... nih la dia rawatan yang ku terima dan sangat ku perlukan..
 bantuan Oksigen + (cecair apa tah akupun tak tau)..hehehhe..


Hari ini dalam sejarah.. Buat pertama kali aku ambil bantuan Oksigen 3 kali dalam sehari. Yang pertama cam cerita di atas, awal pagi.. then pass balik rumah.. nafas menjadi tak Okey lagi.. semput!. sesak!.Cuba tidur dari jam 11 pagi ke 2 petang.. ke kiri. .. ke kanan.. duduk.. semua gagal.. terkebil-kebil tercungap-cungap..nak tarik nafas sangatlah susah..dapat ciput jerk.. 

2.30 petang. Sekali lagi aku mengunjungi hospital.. Kali ini 2 kali bantuan oksigen ku terima.. Selesai dalam pukul 5 petang tetapi terpaksa pula menunggu farmasi yang di buka pada jam 6 petang untuk mengambil ubat.. 

Dan hari ini.. Alhamdulillah.. dah sehat...^_^

p/s : Thanks to Macik Bia yang tiba temani aku di saat2 akhir di hospital semalam..heheh

1 Orang yang Rajin:

fyna said...

take care taw...




jom singgah n follow belog fyna..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...