Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

30 March 2011

Masakan Bugis | Rojjo' @ Rojjok

Assalamualaikum..

Bertemu kita di alam maya dunia blogging dengan entry baru pula hari nih..  Hari nih aku yang tak seberapa rajin nih, nak bagi tayang satu masakan bugis yang agak terkenal di kalangan anak2 bugis cam aku nih.. ~Pio Bugis.. anak2 bugis yang celup or dah campur2 tuh.. aku kurang pasti pulak diorang pernah makan tidak masakan ni.. Rugi kalau tak pernah..sedapp lorr...^_^


Rojjo' @ Rojjok .. bukan spesis Rojak ya..nih sejenis masakan berkuah @ sup la.. Yang membuatkan rojjo' nih berlainan dari sup biasa coz main menunya ..ubi kayu.. ^_^


Isi kandungan..
model hari ini... ^_^
  • bawang putih
  • bawang besar
  • ayam.. potong kecil2..(macam buat sup..) kuantiti suka hati.. lagi banyak lagi sedap..
  • ubi kayu kerat saiz kecik2..nih kena banyak!.. baru kuah leh pekat ..
  • mee kuning yg dah di rendam ya..
  • air 3/4 dari periuk
  • lada putih
  • garam..gula ..ajinamoto.. secukupnya..
  • bawang goreng &daun sup yang dah di cincang..
  • kacang tanah yang dah di goreng..


Cara2nya..
  • bawang putih + bawang besar + sedikit air di blend..
  • selepas dah blend, tumis bawang tue dengan sedikit minyak..
  • masukkan ayam yang dah di potong2.. +garam + aji + lada putih..
  • tumis sampai ayam dah masak or separuh masak la... 
  • Then, dalam periuk.. masukkan air..masukkan ubi kayu yang dah di potong2.. masak hingga ubi nya lembut.. + garam + gula sedikit.. 
  • bila ubi dah masak.. & lembut.. masukkan ayam yang dah di tumis dengan bawang tadi...tunggu hingga mendidih.. maka siap la sup rojjok..
  • Sekarang ambil mangkuk.. isi mee kuning yang dah di rendam..ambil la sup rojjok..tuang dalam mangkuk.. jangan lupa letak bawang goreng + daun sup +kacang ..
  • upss... letak sedikit kicap dan juga sambal lada.. siap sedia untuk di makan...
  • jom2... ^_^

semangkuk tak cukup boleh tambah lagi..



p/s : nih bukan aktiviti aku sorang tau.. nih akttiviti sekampung.. bestt oo makan ramai2.. sodappp..

23 March 2011

Ini bukan Keluhan

Musim hujan..Kedinginan mencengkam.. pagi..tengah hari.. malam apatah lagi.. Sweater. Seluar panjang . Stokin. menjadi satu keperluan untuk tidur.. Selimut? itu Semestinya! yang lain tuh kira acsesori lah..


Kesan musim hujan nih, seperti biasa kain baju di jemuran semakin bertambah.. dan bertambah lagi.. keringnya , tidak.. ^_^

pic incik google
Adakah ini di keluhan? tidak! bukan nak mengeluh lah..sekadar bercerita.. best jugak hujan2 nih tau.. tidur nyaman jak.. tengah haripun boleh lentok beberapa jam.. lebih2 lagi kalau dah makan.. perghhh..bessttt..Nih baru musim hujan, kalaulah malaysia nih ada musim sejuk yang ada salji tuh macam mana erk.. mesti aku tidur 24 jam kan!..hahahah

~~Niat dihati nak makan Abc.. tapi.. hold dulu hingga masa yang sesuai.. hujan2 nih tak sesuai makan Abc kan kan.. ^_^

p/s : hari nih macik2 kat kg aku buat makan2..menu hebatnya : rojjo' .. sangat sesuai di makan panas2 ketika musim hujan nih..! yang tak tau apa tuh rojjo.. korang tunggu entry selanjutnya wokey.. ^_^

Redha Takdir-Mu | Penjara Kasih

Assalamualaikum..
Kedinginan malam membuatkan Otak ku beku.. Gagal mencipta bait2 ayat yang boleh ku kongsikan dalam blog ini.. Menjauhkan diri dari lappy, Bergerak ke rak buku.. Mata ku arahkan ke suatu sudut .. Senyum.. Novel !.. Ada 4 novel baru terbitan Buku Prima yang menunggu turn untuk dikatamkan.. tapi hari ini malas untuk baca novel baru .. Novel lama pon boleh!..REDHA TAKDIRMU.. karangan JURIAH ISHAK terbitan Novel Islamik-Nur menjadi pilihan dan.......... Hobi yang sekian lama menghuni masa lapang ku beraksi lagi.. 

Aku kongsikan antara ayat yang agak menyentuh hati dalam novel nih... (T_T)

satu permintaan ku..
beribu persoalan mu..
menekan dan menghimpit aku..
bagai seorang diktator, dengan askarnya..
namun, aku lebih malang kerana tidak bersenapang..
melangkah aku ke dunia ini..
mengharapkan syurga duniawi..
aku isteri harus memiliki seorang suami..
apa yang ku dapati..
seorang pendakwaraya , berhati hitler..
Di mahkamah rumahtangga aku kehilangan suara..
kerana tidak memiliki seorang peguam bela..
Aku terkapar sendiri , dalam penjara kasih seorang lelaki..
kelemasan dalam duka..
perkongsian ini tidak memberi makna dalam jeriji derita..
terdesak kah aku memecah setia..
meskipun jasadku di hadapannya..
hati, jiwa dan cintaku...
terbang dan lari entah kemana...


p/s : kepada yang minat novel.. korang try baca novel nih.. best, banyak gak pengajarannya.. tapi korang beli sendiri la.. aku tak nak bagi pinjam ..nanti korang bagi hancus novel aku..hak3. ;p

20 March 2011

Malam yang Dingin | Hujan

"Kusangkakan panas berpajangan rupanya gerimis,
 rupanya gerimis mengundang..
dalam tak sedarku kebasahan..."

Bait2 lagu yang sesuai dipadankan dengan cuaca hari ini.. Tengah hari tadi yang agak panas rupanya tak berpanjangan, hujan di waktu petang hingga ke malam hari ..

Dingin terasa..
Titis-titisan hujan..bagai irama malam..
Suara katak mengiringi ..
Tenang..
Tanpa suara2 sumbang kenderaan ..
Tanpa suara pekikkan kanak2 bermain..
Yang ada hanya..Pekatnya Malam..
kedinginan yang mencengkam...
Syukur atas nikmat yang di beri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...