Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

15 September 2011

Aku, Novel & Chika

Ku rebahkan badan diatas tilam yang di baluti cadar petak berwarna coklat putih dan di hiasi sedikit bunga-bunga kecil berwarna merah muda.Novel yang berada di sebelah katil ku capai. Novel hasil karya penulis terkenal Ramlee Awang Murshid yang telah ku bawa kehulur hilir sejak awal minggu lepas berada lagi di gengaman. 

Entah sampai bila dapat ku katamkan novel ini..Ada-ada saja halangan bila mula membacanya.. Novel ini memerlukan pemahaman kerana melibatkan ilmu logik akal & sains serta berunsur keagamaan. Disebabkan itu aku memerlukan ruang dan masa yang sesuai untuk membacanya.. Adalah satu kerugian jika membaca novel sebegini tanpa sebarang penghayatan kerana novel ini sarat dengan ilmu. 

Pembacaan ku mulakan..
"krekkkkkk.." tersembul seorang kanak-kanak perempuan di muka pintu.
" Tatak...." dia bersuara..
"iya chika...napa?" aku memandang kearahnya... 
Dia menghampiri.. novel di gengaman ku letakkan ke tepi. Chika berumur 2 tahun lebih tetapi mempunyai berat saiz yang kecil dengan mudah ku angkat dan berbaring bersama ku. Handphone cap ayam  ku ambil.. video lagu kanak-kanak arab memuji ILLahi mula beralun merdu.. Chika seakan mengerti sambil diam memerhati.. dan.............aku terus melayan chika hingga terlupa lagi tentang novel yang sepatutnya ku katamkan malam ini..


p/s : Chika atau nama sebenarnya Yushika..adalah anak jiran ku ^_^

4 Orang yang Rajin:

Anonymous said...

hihi..baik akk...x pe x pe laynkn je dia ^^

Buuwa said...

@Novelgurl heheh a'a layan aje sampai akak jd ngantuk .. novel mmg dah tak sentuh sampai la nih..hehheh

Anonymous said...

hehehe..nak cika ngn burasa nya tu...
hatake..

Buuwa said...

@Hatake
chika anak orang ndak bole di bg suka ati.. hak3.. burasa abis suda.adeiii.;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...