Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

05 March 2013

I'm Sabahan

Sabah Tanah Air Ku..
Negeri Kita yang Tercinta..

Melihat keadaan hari ini, aku berfikir panjang.. Apa yang berlaku sebenarnya? Pecerobohan ke atas Sabah yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara. Tak pernah terlintas sedikit pun di minda negeri kelahiran ku melalui fasa ini. 


Kawan2 ramai yang bertanya, Bagaimana keadaan di sana? setakat ini Kk, tenang2 saja.. Takda apa yang berlaku. Walaupun ada kabar angin mengatakan peceroboh sudah sampai ke area kk.. tapi bagi aku.. itu hanyalah kabar angin semata2.. untuk menakutkan orang ramai. Tidak perlu gentar rasanya.. kita kena yakin dengan kemampuan Pewira2 Negara yang sedang mempertahankan negara. Kerana...



Seandainya petualang negara berada di hadapan dan 

menghunus senjata mengair darah kita,

Ingatlah.. Darah Pewira Bangsa telah lama kering di medan Tempur..

21 December 2012

Detik demi Detik


Assalamualaikum..

Dalam sedar dan tidak.. kita sudah berada di bulan terakhir untuk tahun nih.. Terasa sangat cepat masa berlalu.. terlalu pantas hingga tak sedar banyaknya masa yang di bazirkan dengan sia-sia walhal kita tahu sedetik masa yang berlalu itu, tak mungkin dapat kita ulanginya semula..


Pic From Incik Google..

22 November 2012

Antara Kita dan Mereka

Sedang kita leka megejar aktiviti duniawi..
Disana mereka berusaha mempertahankan tanah mereka..

Sedang kita bergelak tawa dengan rakan-rakan dan keluarga..
Disana mereka menangis kehilangan rakan dan keluarga..

Sedang kita dikelilingi makanan yang pelbagai..
Disana mereka lupa erti lapar..

Sedang kita leka dengan alunan lagu ..
Disana mereka di hujani bedilan bom...

Betapa berbezannya antara kita dan mereka...
Masihkah kita tega untuk bermewahan ..
Masihkah kita tega untuk tidak berdoa..
 
Masihkan kita tega untuk mengeluh atas sedikit kekurangan dalam hidup..

Antara Kita dan Mereka... 

Ya, Allah.. Selamatkan mereka.. Selamatkan umatmu..
Ya Allah...Ku Mohon agar diri ini tidak lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang di berikan..


21 November 2012

Devdas

Assalamualaikum..

DEVDAS..

Semalam, secara tak di rancang terlayan cerita hindustan nih..
Sebelum nih dah pernah tengok citer ni..Tapi entah di mana silapnya..

Terlebih feeling pulak semalam..
Tengok sampai bengkak mata.. aduyaiii..
Napa Sebelum nih tengok cerita nih tak nangis pon..  huk3..
                                    (T_T)... ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...