Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

17 May 2011

Hati Bergetar Rindu

Hidup adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan.
 Maka,janganlah ada yang menyerah,
janganlah berputus asa 
dan
  jangan menganggap perjuangan hidup adalah suatu yang sia-sia...
Tetaplah tegar meski yang lain berguguran..
Tetaplah tersenyum meski perjuangan ini terasa pahit dan berliku..
kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita...

~Hati Bergetar Rindu : Dhiya Zafira~

pic incik google

16 May 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei 2011

Tarikh yang di pilih untuk mengingati  jasa bakti para warga Pendidik...
dan dengan Tema pada tahun ini.."Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
Semoga para guru lebih tabah dalam mendidik anak bangsa hari ini yang akan menjadi tunggak pemimpin masyarakat hari esok..
 Selamat Hari Guru..

..Terima Kasih Cikgu atas jasa bakti kalian.. 


Kepada my sista cigu Ernie & Pn.Irma serta sahabat handai..rakan-rakan yang menjadi pendidik bangsa... korang adalah penjana masyarakat hari esok.. so, All da best !!.. semoga sabar dan tabah dalam mendidik masyarakat hari ini.. 

12 May 2011

Dapur | Cotton Soft Cheese cake

Atas permintaan Kayren &Tuty..Ini Resepi untuk cheese  cake yang ku pamer di fb ... 

Teruja melihat Cheese cake yang my sista di Blog Kenangan Semalam.. dan dengan semangatnya.. Aku dan Sis Misz pun mencuba jaya resepi ini.. lagi pula tak pernah pulak makan cheese cake sebelum nih..bertambah berkobar-kobar semangat untuk membuatnya.. dan jeng-jeng..jeng.. ini lah hasilnya.



Sumber di cedok dari blog My Luvly Sista : eima

Resepi Cotton Soft Cheese Cake..


Bahan A ( 8 inci )
  • 250g cream cheese
  • 50g  butter100ml  susu segar( fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1sudu besar  jus lemon
  • 1/4 sudu tea garam
  • 60g tepung kek/superfine
  • 20g tepung jagung
Bahan B
  • 140g gula (granulated sugar )
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sudu tea jus lemon
 Cara-cara


Untuk Adunan A 
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. 
  2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
  3. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan  kuning telur, tepung jagung, tepung kek, garam dan jus lemon, gaul sehingga sebati guna seduk kayu / spatula pun boleh..
Untuk Adunan B 
  1. Lepas tu, masukkan gula dan pukul lagi sehingga bertanduk ( soft peak ).
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih2  ( foamy)

  • Kemudian, Adunan A dicampurkan dengan Adunan B dan kacau hingga sebati.
  • Sediakan loyang@ tin pembakar yang bulat berukuran 8 inci dan griskan bawahnya dan tepinya salut dengan kertas baking. Tuang campuran adunan dalam loyang. 
  • Lepas letak adunan dlm loyang, balut bawah hingga separuh tinggi menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan air masuk. 
  • Letak loyang atas dulang pembakar, Then tuang air panas atas dulang pembakar lebih kurang 1/2 tinggi loyang kek. (nih di namakan kaedah waterbath..) Then Boleh la bakar...:)
  • Bakar kek kira2 dalam masa sejam dgn cara bain marie(waterbath) pada suhu 160 degree.. 


p/s : Sedap tue sedap tapi... aku bukan lah pengemar cheese cake.. nak habiskan sepotong cake pun agak payah..lidah melayu sungguh la.. tak reti cheese2 segala.. hek3

11 May 2011

Leraikan diri dari keluh kesah

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang ..
leraikanlah aku dari keluh kesah..
yang membelenggu jiwa dan fikiran..
ditambah dengan hasutan syaitan..

Kurniakanlah kepadaku ketabahan..
Singkapkanku hikmah segala ketentuan..
Moga sinar-Mu berikanku pedoman..
Hanya pada-Mu segala ketetapan..
Oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

Durjana yang sentiasa mengarahku 
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih pimpini hidupku

Setiap Kali ~ devotees ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...