Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

09 May 2011

3 kali dalam sehari

Semalam.. 
Seawal jam 7 pagi aku dah terpacak di hadapan Hospital daerah kecil ini..
Langkah di atur perlahan masuk ke ruang kecemasan. Terlihat beberapa orang telah mengisi kerusi yang telah di sediakan di ruangan menunggu. Oh, rupanya bukan aku saja yang melawat hospital di pagi hari. Senyum. Langkah terus ku atur menuju ke kaunter pendaftaran. Kad pengenalan diri dan RM1 sebagai bayaran pendaftaran ku hulur kepada petugas yang berkhidmat pagi itu.

 " Sakit apa? " pertanyaan dilontarkan..
 " Asma.." lemah jawapan yang ku beri..
 "Masuk" arahan di beri.. aku sedikit terpinga-pinga..erkkk... 

Pintu sebelah kiri ku tolak.. go straight..tapi perlahan.. bukan apa, blurr sebenarnya.. banyaknya bilik.. nak masuk yang mana satu nih?? sedikit tertanya dalam hati. Nak melontarkan soalan, tapi tak seorang pun berada di sekitar tempat aku berdiri.

Pandangan ku alihkan ke kanan,terdapat ruang yang menempatkan kusyen empuk berwarna biru dan tersusun kemas .. Tulisan Merah Italic di bahagian dindingnya menarik perhatian ku.. Asthma Bay.. Senyum. Ruang yang kU cari rupanya hanya di depan mata. Bergerak ke salah satu Kusyen yang tersedia. Merehatkan diri, mengatur nafas agar lebih selesa, sambil mengunggu Doktor @ pegawai kesihatan yang bertugas...

dan..Jeng2... nih la dia rawatan yang ku terima dan sangat ku perlukan..
 bantuan Oksigen + (cecair apa tah akupun tak tau)..hehehhe..


Hari ini dalam sejarah.. Buat pertama kali aku ambil bantuan Oksigen 3 kali dalam sehari. Yang pertama cam cerita di atas, awal pagi.. then pass balik rumah.. nafas menjadi tak Okey lagi.. semput!. sesak!.Cuba tidur dari jam 11 pagi ke 2 petang.. ke kiri. .. ke kanan.. duduk.. semua gagal.. terkebil-kebil tercungap-cungap..nak tarik nafas sangatlah susah..dapat ciput jerk.. 

2.30 petang. Sekali lagi aku mengunjungi hospital.. Kali ini 2 kali bantuan oksigen ku terima.. Selesai dalam pukul 5 petang tetapi terpaksa pula menunggu farmasi yang di buka pada jam 6 petang untuk mengambil ubat.. 

Dan hari ini.. Alhamdulillah.. dah sehat...^_^

p/s : Thanks to Macik Bia yang tiba temani aku di saat2 akhir di hospital semalam..heheh

07 May 2011

Kedegilan yang memakan diri

Tersasarnya sebuah sangkaan..
Demam yang ku jangka menyerang akhirnya bertukar ke batuk yang menjadi pemangkin asthma menjengah.. Dan akibat kelalaian diri yang tidak mempedulikan keadaan inhaler yang pernah menjadi sahabat baik ku, ianya tak dapat ku gunakan di kala aku memerlukannya saat ini.. expired 2 bulan lepas!!!


Rupa paras benda yang di perlukan saat ini..

2 jam lepas dah cuba telan pil .. Tapi tak memberi kesan..(nampaknya dos ubat nih tak bagi effect kat asma aku hari ini) inhaler jugak yang di perlukan.. So.. jawapannya malam nih kena berjaga.. Paling tidak pun tidur dalam keadaan duduk untuk mencari keselesaan bernafas (.. Perkara yang biasanya ku lakukan.. ) Time ni dengan yakinnya mengambil keputusan nak pergi Hospital seawal pagi esok.. Bak kata pepatah melayu.. Dah terhantuk baru nak terngadah.. So, aku kena bersabar sehingga esok pagi.. insyaAllah

Sedikit info..
Asma 
  • juga di kenali sebagai lelah iaitu kesukaran untuk bernafas.
  • berlaku pabila saluran udara yang menghubungkan hidung dan paru-paru menjadi kejang dan menyempitkan saluran pernafasan.
  • Nafas menjadi pendek. Lagi teruk kalau batuk or selesema
  • penyempitan pada cabang saluran tengkorok di paru-paru menyebabkan bila benafas  menghasilkan bunyi seperti siulan... (bukan yang piwetttt.. ok ;p)
Inhaler 
  • Nih ubat jenis sedutan yang tujuan nya untuk mencegah dari asma .
  • Dapat beri kesan dengan pantas..Dr. sarankan aku guna inhaler ianya juga selamat katanya.
  • Tidak menyebabkan mengantuk ( pil~ lepas makan confirm nak tidur)
Siapa yang lalai? ~~saya..
Siapa yang cuai? ~~ saya...
Siapa yang tanggung ? ~~ saya jugak...
So, sabar je lah... Rilex, Cool, Tenang.... Chaiyok2!!

06 May 2011

aku sakit ~ aku doktor

Bulan Mei..

Permulaan yang tidak berapa baik untuk diri ini.. di awal bulan dah rasa kurang sihat.. Aku pun cuba menjadi Doktor untuk diri sendiri...


Tiga hari lepas..
Bersin tak sudah..petanda kurang baik tuk diri ini..rasa cam nak selesema jak..  
Cari-cari ubat, aduh! habis pulak..yang ada pil ubat asma.. tanpa fikir panjang aku telan jer sebijik.. 8pm aku dah tarik selimut.. dan akibat aku tak berfikir panjang.. tekak  menjadi sakit.. kering..~~kesan salah makan ubat kah ini? aku pun tak pasti.. Yang ku tau sepanjang malam aku tak dapat tidur.. Lebih dai 10 kali gi dapur minum air.. Sampai ke pagi tekak tak Ok lagi..  

Hari ke-dua .. 
Di Pagi hari aku ambil pil vitamin C untuk hilangkan rasa sakit tekak.. 2 biji.. tekak menjadi tak perit sangat ~kaedah berjaya .. Tengah Hari pulak aku jumpa strepsil gula-gula sakit tekak, aku bantai 2 biji..Walau macam mana pun kondisi badan masih tak stabil la.. Pesan pulak kat adik beli 100plus.. ~~kan aku pernah dengar petua, kalau rasa-rasa nak demam.. minum 100plus + air kosong dalam nisbah 1 : 1.. tapi aku tak ikut petua tue.. aku minum 100plus jer..

Dan di hari ke-3 nih...
"Rasa macam nak Demam la.." ~~aku tak nak demam  la.. tapi badan nih macam mengarah ke-demam.. tapi aku tak nak ambil apa-apa ubat.. konon nak lawan penyakit tanpa telan ubat.. Ele.. demam jer pon..kan..kan... Aku masih berfikir untuk melawan sakit nih.. Chaiyok2 wani!!!..
p/s : tekak gatal.. nih yang jadi tak best.. macam nak kena batuk pulak..huhuhu

04 May 2011

Selamat Tinggal Sayang

Aku pernah memilikinya..

Walau bukan aku yang mendapatkannya..

Sangat menyukainya..tak ingin kehilangannya

Tapi.. ia hilang dari pandangan tatkala aku jauh darinya..

Tanpa dapat ku kesan jejak-jejak..

Selamat Tinggal Sayang..




 Ingin memilikinya semula..

Usaha.. Kesabaran.. Penantian.. 

akhirnya membuahkan hasil..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
yang hilang tetap hilang...

berganti dengan yang baru.. 

ianya sama tapi bukan yang lama..




novel kegemaran nih masih ada rezeki untuk  memenuhi ruang koleksi bahan bacaan ku.. suka..suka..suka.. ^__^


p/s : tak boleh pinjam! nanti hilang lagi.huk3.;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...