Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

29 September 2011

Macam senang tapi mm...

Sekarang nih dalam proses pembelajaran untuk memesrakan diri dengan camera.. Nampak macam senang tapi rupanya agak memeningkan kepala gak.. terutama bab setting untuk Manual Mode.. memang hancusss.. kadang aku tak dapat ditect perubahan hasil gambar yang aku snap dengan setting yang berbeza.. Aku nampak same jerrr... hahha.. sungguh tak peka diri ini... ~_~ 

Nak tangkap gambar then abadikan dalam blog nih je la..muhahha..
Main congkak dengan Otomen.. Boleh korang tolong Komen? ^_^

d7000, 1/60, f5.6,Iso 160, focal 90mm, lens 18-105mm

p/s : practice make prefect.. chaiyok2 wanie!!!!~

28 September 2011

27 September 2011

Bila Masyarakat Terlebih Prihatin..

Salahkah sebuah persahabatan terjalin..?

Mengapa itu di jadikan modal untuk mengata?

Sudah tiada modal lain?

Mungkin terlalu banyak masa lapang ..?

Atau tidak senang melihat senyuman terukir di wajah?

Dimana mulanya ?


Dimana pulak pengakhirannya?

Persoalan demi persoalan bermain di minda...

p/s : gangguan otak kesan pabila masyarakat terlebih-lebih prihatin.. 

25 September 2011

Cara memujuk member gaya baru..via blog..


Apa ko rasa OREN?? heheh... zazzzz.. Entry khas nih..







Pakcik Muz <--Tuan Blog KIYOSHI.. dah cukup2 la merajuk kat kitorang nih.. baru jentik sikit dah kalut... buat2 senyap dah dia.. Kena tag pun tak mau dah menjawab.. ewah2 kalau berani block terus lah.. hak3..hebat penangan Cinta dia nih..sampai takut dah mau bagi respon bila di Tag kat fb..heheh..

Nih cerita sebenar hari tue..Sebelum si Macik pi DELETE~~ dah semuanya sekadar gurauan semata.. ^_^ Upss.. nama gepren hang aku bagi blur sikit kang mara lak dia aku kasih pemes kat blog picisan aku nih.. heheheh...Yang pasti kami bertiga Doakan yang terbaik buat kalian..;p


~~psstt.. eila, macik bia..pasnih korang nak rosakkan wall sapa lagi ya.. heheheheh 

p/s : Sori coz masukkan kat blog aku ya.. saja abadikan celoteh kitorang bertiga.. hek3

Dari Sabah ke Sulawesi

Salam ..Morning.. disebabkan Peta yang ku bekalankan di Entry sebelumnya membuatkan NovelGurl kebinggungan..(berjaya membuat cik adik nih blur seketika dalam tengok peta..hek3) nih nak bagi gambaran penuh perjalanan dari Keningau , Sabah ke Pinrang di Sulawesi Selatan Indonesia.. Semoga tak ke-pening-an lagi..hehe


Info tambahan kesan kerajinan di pagi hari..
Keningau ke Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu 
~menaiki Teksi dalam 2jam tambang Rm30 per orang..


Kota Kinabalu ke Tawau 
~naik kapal terbang ..45-50 minit tambang dalam Rm150 per orang
~boleh jugak naik bus ..dalam 7-8 jam tambang dalam RM 70 per orang


Tawau ke Nunukan,di Kalimantan Indonesia.
~ naik kapal laut..dalam sejam-2jam.. tambang lupa tanya la pulak..


Nunukan ke Pare-pare, Sulawesi Selatan Indonesia
~2 malam 1 Hari menaiki Kapal Laut yang lebih besar.. tambang rm250 per orang


Pare-pare ke Pinrang
~2 jam kot naik kereta..Sampailah ke destinasi yang di tuju.. selamat bercuti ~!


~~Diri sendiri sudah ke-pening-an dengan peta2 nih... ok.. cukup bab peta2..~~


p/s : Hari nih Sis.Er balik ke tempat kerja di Tenom.. hujung minggu nanti baru muncul lagi.. huhuhu... cepatlah hujung minggu.. hurmmmmmm.... 

24 September 2011

Saya 'Jealous' tau..

Hari nih Mum & sis Misz dah melepasi sempadan negara..Petang tadi dalam jam 4petang bertolak dari Tawau dan dalam jam 6petang dah berada di Nunukan. Kiranya telah menjejakkan kaki di Indonesia. Tak dapat ku bayangkan keadaanya.. Dari yang di ceritakan, ramai Orang!.. waa.. barang2 yang di bawah pula di angkat oleh buruh yang telah diupah untuk memudahkan perjalanan.. yalah kalau bawa banyak barang macam mana nak angkatkan.. 

Tika ini Mum & sis Misz dah berada di atas Kapal Laut yang akan bertolak Jam 10malam ini untuk meneruskan perjalanan Nunukan ke Pare-pare (Pare-pare nih dah kat sulawesi rupanye..baru tau!~)1 kata saja yang sis.Misz katakan tadi.. BESARNYA KAPAL nih!!..bilik pulak sewa bilik di bahagian atas kapal.. best berangin katanya.. huhu (dalam kepala terbayang kapal titanic...ke-jeles-an melanda diri ..hak3

Perjalanan akan memakan 2 malam 1 hari .. InsyaAllah akan sampai di Pare-pare (selatan sulawesi) pada pagi isnin... Disebabkan aku tak dapat membayangkan kedudukan tempat2 yang di sebutkan.. aku telah merajinkan diri untuk check Google maps!.. hhoho.. meh nak kongsi perjalanan yang Mum & Sis Misz tempuh dari peta incik google...^_^

 nih Tawau ke Nunukan. naik kapal laut yang kecil.. 

 Nunukan ke Pare-pare, Sulawesi Selatan (Tanah Asal Usul Bugis) yang nih la naik kapal laut yang besar.. besar macam mana tue aku tak tahu.. saja membayangkan Titanic tue.. hek3..

Dari Pare-pare nanti, akan ke Pinrang ~ di sini Mum akan berjumpa dengan sanak saudara yang dah ready tuk sambut kedatangan MUm.. (Hari nih Kakak MUM dah gerak pun ke Pare-pare.. kalau tak silap naik kereta 1jam-2 jam je kot perjalanan.. ..Excited punya pasal..hek3..)

~~Perasaan ku ketika ini... Sangat la Jelesss.. Nyesal aku tolak Offer MUM tuk ikut hari tue.. kalau tak,confirm aku yang berada di sana tika ini.. Huaaaa.. (T_T)

p/s: harap betul lah lokasi2 yang aku laporkan ini..kuang3...

23 September 2011

Mum dan Sis.Misz bercuti..

Hari nih Mum dan Sis misz bertolak ke tawau..bermula cuti selama 2 minggu di rantau orang..Atas alasan menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu sebelah Mum (kira anak buah gak lah kan??~~yer kerr??)

Bermalam di tawau semalaman then malam esok akan berangkat ke Indonesia naik kapal laut.. Nama kapalnya Catalia ..Tentunya satu pengalaman yang baru buat Sis.Misz..~~ele saya pun pernah pegilah.. tapi masa tue umur 4 tahun...glupppp... tak ingat apa dah... kui3.. (rasa sedikit jeles di situ.. ) 

Bagi Mum pula kegembiraan jelas terpancar di wajahnya. Iya siapa yang tidak gembira bila pulang ke pangkuan sanak saudara..Selepas lebih dari 30 tahun bermastautin di Bumi Malaysia, nih la kali pertama Mum kembali ke tanah Sulawesi. Semoga mereka selamat ke destinasi yang di tuju.. iaitu di Kabupaten Pinrang..

Tinggallah aku, Sis.Ony dan Eyek(my father) menjadi penghuni rumah buat masa ini.. terasa kesunyian bila hanya tinggal bertiga..(eh, hari ini berempat la.. kan Sis Er ada..) Walau macam mana pun.. InsyaAllah suatu masa nanti jika ada rezeki lebih mahu juga merasa bercuti sekeluarga ke tanah nenek moyang di sana.. kan..kan.. Amin..

~mau masak apa malam nih ya... ulalalla..

p/s : fuh kanan fuh kiri.. Ole2nya jangan di lupa ya!..

22 September 2011

Speed Test Tool



Hah! Meh sini kita uji kelajuan blog masing2.. Nih benda penting jugak tuk blogger sekalian amik perhatian.. Kelajuan purata yang di syorkan untuk blog antara 80 hingga 120... kalau yang dah melebih2 tuh better di sarankan buang jak widget2 yang kurang penting dan tak berkenaan. kalau tak.. confirm effect kelajuan masa nak loading blog korang... 

Sebelum ini blog aku banyak widget comei2.. nak blog aku nampak cantik la konon nya.. tup2..tym nak loading.. mak aiiiii.. lidutttt.. lemmauu.. dah lah aku guna broadband jerk.. haiiyakk.. hilang mOod aku nak berblogging... Then aku jumpa alat nih..kat blog brader Abgteror nih dan mula la aku check speed test blog aku.. pergghh.. 207.67 ++ patutlah lemmauu semacam jak.. huk3.. dan aku pon mula lah membuang widget2 yang tak berkenaan.. dan sekarang aku dah boleh tersenyum-senyum arnab..hek3..

Korang try la check pulok... free je.. xpayah bayar Oke... hehhe..^_^

Korang masukkan je url korang.. (Eh! boleh masukkan max 10 url tau! ..hehe)
 contoh : buuwahatee.blogspot.com.




(eg. iwebtool.com)





20 September 2011

Tanda ingatan dari kLang

Raya tahun ini mencatatkan kenangan indah yang tersendiri.. 
 Menerima bungkusan yang tak termimpikan dari sahabat di alam maya @ dunia fb..
Terima Kasih beribu-ribu Lemon kepada member-member kLang
 pacik Mamat Hn , Gmie Boyo, brader Jack & semua yang terlibat..

kotak yang beralamat lengkap!.. via Pacik Postman
 
muncul Lah..Kotak bear yang sangat comei..
ada kuih raya dan popia isi serunding +...
+
 ada pen ..magnetik..manik yang terukir nama Yang Esa dan Rasulullah
+
kain sarawak .. kad .. Duit Raya special guna wang Pos.. ;p
+
ada juga gelang manik-manik nih.. 
Ambil gambar sambil makan biskut raya dan nyanyi2 lagi.. ♫ ♬♪♩♭♪
"Senyum seindah suria yang memberi cahaya..
 Senyumlah dari hati dunia mu berseri.."


Upssss... 
sebelum dapat hadiah raya di atas.. 
dah dapat coklat kegemaran ramai nih.. awal beberapa hari..via Macik Bia
Terharu sesangat dengan pemberian kalian.. 
mampu di balas dengan ucapan Syukur Alhamdulillah..
Terima Kasih duhai sahabat.. Semoga Ukhwah yang terbina berkekalan hendaknya.. 

p/s : duit raya tak pi claim lagi nih.. rasa nak guna beli Novel best gak kan.. tak lah lesap aje duit raya nyer..hehe

17 September 2011

satu nama penuh makna


SAHABAT..
satu nama penuh makna 
ia hadir tika tawa, ia datang tika duka..
tiada pada Cinta, tiada pada Lafaz..
hanya kejujuran menyulam hati
hanya keikhlasan menyiram jiwa..
andai itu di namakan Sahabat, bajai ia.. 
moga Ukhwah berkekalan selamanya...



16 September 2011

Selamat Hari Malaysia



Ada atau pun tidak konsep 1Malaysia, yang saya tahu Malaysia tetap 1 di dunia..
"Selamat Hari Malaysia...".


Kau,
Persada Indah Permai
Pepohon menghijau.. menghias pantai,
Putera Puteri mu tersenyum riang ria
Tegas bebas sejahtera makmur maju jaya
Di bawah naungan payung mahkota

Oh, pertiwiku perkasa
disanjung dipuja setiap masa..
berwaspada sentiasa bersemangat waja..
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia Nusa ku tercinta..

Tumpuan... pelancong 
dan juga para peniaga
batik songket tenunan menawan 
terkenal merata dunia

kepada mu oh pertiwi..
 kasih ku abadi..sejati murni, 
rela ku berbakti meski terkorban diri
pada mu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu Oh Tanah Airku..




p/s: Hari Malaysia yang ke 48 tahun pastinya.. :)

15 September 2011

Aku, Novel & Chika

Ku rebahkan badan diatas tilam yang di baluti cadar petak berwarna coklat putih dan di hiasi sedikit bunga-bunga kecil berwarna merah muda.Novel yang berada di sebelah katil ku capai. Novel hasil karya penulis terkenal Ramlee Awang Murshid yang telah ku bawa kehulur hilir sejak awal minggu lepas berada lagi di gengaman. 

Entah sampai bila dapat ku katamkan novel ini..Ada-ada saja halangan bila mula membacanya.. Novel ini memerlukan pemahaman kerana melibatkan ilmu logik akal & sains serta berunsur keagamaan. Disebabkan itu aku memerlukan ruang dan masa yang sesuai untuk membacanya.. Adalah satu kerugian jika membaca novel sebegini tanpa sebarang penghayatan kerana novel ini sarat dengan ilmu. 

Pembacaan ku mulakan..
"krekkkkkk.." tersembul seorang kanak-kanak perempuan di muka pintu.
" Tatak...." dia bersuara..
"iya chika...napa?" aku memandang kearahnya... 
Dia menghampiri.. novel di gengaman ku letakkan ke tepi. Chika berumur 2 tahun lebih tetapi mempunyai berat saiz yang kecil dengan mudah ku angkat dan berbaring bersama ku. Handphone cap ayam  ku ambil.. video lagu kanak-kanak arab memuji ILLahi mula beralun merdu.. Chika seakan mengerti sambil diam memerhati.. dan.............aku terus melayan chika hingga terlupa lagi tentang novel yang sepatutnya ku katamkan malam ini..


p/s : Chika atau nama sebenarnya Yushika..adalah anak jiran ku ^_^

Air buah campuran

Hawa panas mula terasa..
Kipas angin yang berwarna merah hati itu ku dekati.. Banyak habuk yang terkumpul di celahan besi2 kipas tanda jarang di bersihkan..
butang ON ku tekan.. kipas mula berputar.. 
Ku gerakkan kepala kipas kearah ku.. 
angin berhawa panas menampar wajah.. perit terasa.. 
jari jemariku pantas menekan punat off. 

Tak sanggup rasanya terus berada dalam bilik.
Terasa kering tekak ini..Langkah ku atur ke ruang dapur.. 
Berhenti di muka pintu.. 

Peti sejuk ku buka, di minda ku terbayang air buah yang dingin memasuki kerongkong di kala cuaca yang panas begini.. pastinya nyaman terasa...Lantas aku semakin pantas beraksi.. 
Kejap ke sinki.. kejap ke peti ais, kejap ke kiri, kejap ke kanan..
Akhirnyaa.. siaplah minuman yang bakal menyejukkan tekak ini...
jeng3...


air kelapa muda + isi kelapa muda + nata de coco + fruit cocktail + air limau nipis + gula + air batu = mamblessssssss!!!!  

14 September 2011

You don't have to...

You don't have to be a prefect
you don't have to have unusual knowledge 
and you don't have to be super pious
you only need to be decent..
Be sincere..
Be Real..
Be straight up..

Don't be a fake..
Don't be like you think you try to act pious on outside 
but you know really happens in the inside..
Be the Best Muslim as you can be..



Wordless


"Success is a Journey Not a Destination.."


pic : by Muhammad Fahmi (my fb friend)..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...