Isi Perut BeLog Ini..

Sahabat Alam Belog

19 May 2013

Cerita Si Tukang Cat

Assalamualaikum..
HIJAU

Ya hijau..Warna Kegemaran Rasullullah s.a.w.. Biarpun warna ini bukannya menjadi warna kegemaranku, tetapi akhirnya hijau menjadi pilihan untuk mewarnai bilik ku kala ini. Agak pelik sebenarnya bila aku membuat keputusan memilih warna ini, kerana aku adalah bukan la penggemar warna alam ini. Tapi aku suka indahnya alam.. ^_^

Biasanya aku akan lebih obses ke warna biru dalam membuat pilihan, ya bagaimana tidak kalau baju raya boleh kata tiap tahun berwarna biru! hijau? rasanya sehingga hari ini, aku tidak memiliki baju berwarna hijau kecuali 1 baju yang dihadiahkan oleh sepupuku. 


Walaupun aku bukan pengemar warna hijau, tapi tak bermakna aku membenci warna ini , lagi pula warna hijau kan dapat memberi ketenangan .Terapi Mata. Dan melihat bilik ku kala ini, ku akui rasanya pilihan ini adalah tepat! Aku juga merasa selesa dengan warna ni. Mungkin di masa akan datang hijau juga mungkin akan tersenarai sebagai warna kesukaan ku!  (^_^)

Aktiviti mengecat bermulakan kira2 jam 5.30 petang dan selesai 4.30pagi.. Bersungguh-sungguh 'si tukang cat'..habiskan masa yang agak panjang untuk mengecat 2 bilik.. 1 master bedroom kakak housemate, dan 1 lagi bilik aku yang comel ini. Untuk bilik kakak housemate, cat semua bahagian dinding, dan untuk bilik ku, aku hanya memilih untuk mewarnakan hanya dua bahagian, 1 bahagian hijau lembut dan 1 bahagian lagi, hijau apple..yang lain aku kekalkan warna asal putih sahaja :)

 Aktiviti dimula...

 Bulat2 berwarna warni itu sebenarnya wall sticker yang aku beli dengan harga rm1.90 sahaja. Ianya aku gunakan untuk membuat corak pada dinding. Bajet Creative la konon..

Selepas tolak sana.. tolak sini, tarik sana tarik sini.. panjat sana sini.. Usaha hampir membuahkan hasil.


Telapak tangan merah + panas + berdenyut2.. mungkin kerana di kerah untuk bekerja keras dalam tempoh yang agak panjang..Pada masa ini, Jari-jemari gagal mencengkam sebarang benda. Otot2 jari terkejut barangkali. 

Melihat hasil kerja tangan ku , aku akhirnya mampu senyum manis walau kepenatan masih terasa.

NOte: Nih rumah sewa saja. Tuan rumah tak tahu pun kami mewarnakan rumah ikut keselesaan diri.. Diharap tuan rumah tak marah la yer... 

4 Orang yang Rajin:

Unknown said...

beraninyaaaa .. hehe. btw , memang cantik :)

Anonymous said...

annah boleh lah tolong2 catkan dinding rumah ku hehehe
kakashi

Buuwa said...

@Tia Fatihah demi sebuah keselesaan..kih3

Buuwa said...

@kakashi haha.. jan ko bikin malu anak ogi bha..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Easy to Blogwalking if your link was here...! ahaksssss...