23 May 2013
19 May 2013
Cerita Si Tukang Cat
pada
9:43 PM
Assalamualaikum..
HIJAU
Ya hijau..Warna Kegemaran Rasullullah s.a.w.. Biarpun warna ini bukannya menjadi warna kegemaranku, tetapi akhirnya hijau menjadi pilihan untuk mewarnai bilik ku kala ini. Agak pelik sebenarnya bila aku membuat keputusan memilih warna ini, kerana aku adalah bukan la penggemar warna alam ini. Tapi aku suka indahnya alam.. ^_^
Biasanya aku akan lebih obses ke warna biru dalam membuat pilihan, ya bagaimana tidak kalau baju raya boleh kata tiap tahun berwarna biru! hijau? rasanya sehingga hari ini, aku tidak memiliki baju berwarna hijau kecuali 1 baju yang dihadiahkan oleh sepupuku.
Walaupun aku bukan pengemar warna hijau, tapi tak bermakna aku membenci warna ini , lagi pula warna hijau kan dapat memberi ketenangan .Terapi Mata. Dan melihat bilik ku kala ini, ku akui rasanya pilihan ini adalah tepat! Aku juga merasa selesa dengan warna ni. Mungkin di masa akan datang hijau juga mungkin akan tersenarai sebagai warna kesukaan ku! (^_^)
Aktiviti mengecat bermulakan kira2 jam 5.30 petang dan selesai 4.30pagi.. Bersungguh-sungguh 'si tukang cat'..habiskan masa yang agak panjang untuk mengecat 2 bilik.. 1 master bedroom kakak housemate, dan 1 lagi bilik aku yang comel ini. Untuk bilik kakak housemate, cat semua bahagian dinding, dan untuk bilik ku, aku hanya memilih untuk mewarnakan hanya dua bahagian, 1 bahagian hijau lembut dan 1 bahagian lagi, hijau apple..yang lain aku kekalkan warna asal putih sahaja :)
Aktiviti dimula...
Bulat2 berwarna warni itu sebenarnya wall sticker yang aku beli dengan harga rm1.90 sahaja. Ianya aku gunakan untuk membuat corak pada dinding. Bajet Creative la konon..
Selepas tolak sana.. tolak sini, tarik sana tarik sini.. panjat sana sini.. Usaha hampir membuahkan hasil.
Telapak tangan merah + panas + berdenyut2.. mungkin kerana di kerah untuk bekerja keras dalam tempoh yang agak panjang..Pada masa ini, Jari-jemari gagal mencengkam sebarang benda. Otot2 jari terkejut barangkali.
Melihat hasil kerja tangan ku , aku akhirnya mampu senyum manis walau kepenatan masih terasa.
NOte: Nih rumah sewa saja. Tuan rumah tak tahu pun kami mewarnakan rumah ikut keselesaan diri.. Diharap tuan rumah tak marah la yer...
18 May 2013
Dah masuk Sembilan Bulan..
pada
9:45 PM
Assalamualaikum...
Apa yang sembilan bulan??
Sebenarnya nih dah masuk bulan ke-9 saya duduk menyewa rumah di kawasan sepanggar, Kk. Ada member yang bertanya.. macam mana saya dapatkan rumah sewa nih? Adakah saya kenal dengan penyewa2 dalam rumah sebelum saya duk menyewa..?
jawapan saya.. Saya tak kenal siapa2.. saya hanya mencari bilik untuk di sewa melalui mudah.com.. dan Alhamdulillah saya dapat housemate yang baik..pandai masak.. tak berkira.. pentingkan kebersihan.. juga memahami.. Mungkin Rezeki saya kan.!.. Alhamdulillah..
Terasa lama tak menjenguk ke alam blog.. Ada yang merindui tak? takda pastinya.. hehe
setelah sekian lama terasa nak upload pic makanan.. walaupun pada hakikatnya bukan saya yang masak.. tapi ini lah hasil dari kak sikin.. My Housemate..
Mee Udang kak siikin..
Allhamdulillah sejak tinggal menyewa ni, berat badan dah bertambah-tambah..
Sebab jarang sangat skip makan malam. Rajin kan kami masak? (^_^)
Ada yang berminat nak kan resepi Mee Udang nih ke? saya nih malas nak menaip resepi ni.. rajin makan je..;)
Subscribe to:
Posts (Atom)